Nike & New Balance keluarkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19..

Nike Akan Hasilkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19 Di ...

Mengikut jejak langkah syarikat gergasi seperti LVMH, Saint Laurent dan Balenciaga, Nike turut mengumumkan bakal menghasilkan personal Protective Equipment (PPE) serta face shield untuk hospital di Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh CEO Nike, John Donahoe. Buat permulaan, Nike dengan bantuan Oregon Health & Science University (OHSU) akan membantu hospital yang berada di sekitar Oregon terlebih dahulu.

Bagi Nike, Syarikat besar seperti mereka mempunyai tanggungjawab untuk turut serta membantu dalam menghadapi pandemik ini. Justeru itu, OHSU dan Nike akan bekerjasama untuk menghasilkan prototype face shield yang terbaik untuk digunakan oleh petugas kesihatan.

Dalam pada masa yang sama, jenama New Balance akan menukarkan sementara operasi kilang pembuatan kasut mereka di Amerika Syarikat kepada kilang untuk mengasilkan topeng muka untuk rakyat Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat ketika ini telah menjadi negara dengan kes COVID-19 tertinggi di dunia mengatasi China, mencecah 100,000 kes setakat hari Jumaat semalam.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata sebagai langkah persediaan berkata Amerika Syarikat akan menghasilkan 100,000 unit ventilator dalam masa 100 hari untuk digunakan oleh pesakit COVID-19 di serata Amerika Syarikat.

Dalam pada masa yang sama, kes COVID-19 di Indonesia dilaporkan akan meningkat kepada 700,000 kes menjelang bulan hadapan. Baca lagi pada pautan di bawah.


Continue reading

APA TOPENG MASK HARGA RM20!

Abs Cover

Abstrax buka tempahan topeng muka KN95 edisi khas

Sekiranya anda mencari topeng muka yang lebih bergaya untuk dipakai setiap hari, anda boleh pertimbangkan untuk membeli topeng muka ini.

Abstrax semalam membuka tempahan untuk topeng muka KN95 Anti-Virus Formaldehyde Face Mask dengan logo Abstrax ditulis di bahagian sisi. Berbeza dengan topeng muka standard (3-ply), topeng muka KN95 ini hadir dengan 7 layer protection dan dapat menapis hampir 95 peratus partikel ke dalam hidung dan mulut.

Namun, topeng muka ini bukan versi washable dan boleh dipakai 8 jam secara terus. Tetapi ada cara untuk memanjangkan hayat penggunaan topeng muka ini. Apabila memakai topeng anda, anda disarankan untuk memakainya bersama mask pad (di bahagian dalam) yang boleh dibeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee.

Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat tempahan di sini dengan harga RM20 (1 keping) dan RM50 (3 keping).

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.