Raya Ke 2 tak dibenarkan Ziarah.

Covid-19: No more Hari Raya visits from Monday (May 25) | The Star

Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.

Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.

Misalnya, masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.

Selain itu, bagi golongan bujang yang tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta, kemajuan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi panggilan video yang digunakan untuk mengubati rindu mereka terhadap anggota keluarga.

Sememangnya sudah menjadi tradisi sambutan Aidilfitri adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak-saudara, sahabat handai serta jiran tetangga dan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini dengan saling berkunjung pada hari raya.

Namun, penularan pandemik Covid-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat Covid-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.

Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri untuk elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk beraya kerana sudah ada kes jangkitan wabak Covid-19 di luar negara akibat aktiviti ziarah itu.

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti Covid-19.

Ada sebabnya mengapa kerajaan melaksanakan larangan ziarah Aidilfitri itu, bukan semata-mata untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan tetapi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.

Justeru, umat Islam diminta supaya bersabar menerima ketetapan sambutan bulan Syawal tahun ini dalam norma baru dengan hati yang terbuka.

Bernama

Continue reading

Didakwa Tidak Diberi Bonus Tahun Ini, Netizen Simpati Dengan Nasib ‘Abang Posmen’

pos

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 1 April 2020 yang lalu, selain frontliners abang posmen adalah ‘wira’ kepada rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, sepanjang rakyat Malaysia stay at home, pasti ringan sahaja tangan untuk membeli secara dalam talian. Sepanjang PKP ini, volume parcel yang diterima syarikat pengeposan termasuklah Pos Malaysia naik berlipat kali ganda.

Setiap hari rakyat Malaysia menantikan abang posmen dengan penuh debaran dan tersenyum lebar apabila mereka tiba di hadapan rumah. Namun, berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Masakan Utara Barat, beliau sangat bersimpati dengan nasib seorang abang posmen yang sangat kecewa kerana tiada bonus khas untuk mereka Aidilfitri ini walaupun jumlah parcel yang mereka perlu hantar tahun ini bertambah berbanding tahun lalu.

Siakap Keli Ya Allah sedihnya,ni bukan cerita rekaan tapi cerita betul,tadi lepas abg Posmen ni selesai hantar surat dan…

Posted by Masakan Utara Barat on Sabtu, 16 Mei 2020

Perkongsian yang ditulis malam semalam ini telah menerima lebih 12,000 komen dan lebih 14,000 perkongsian (setakat artikel ini ditulis) yang rata-rata bersimpati dengan nasib abang posmen yang sentiasa kerja keras setiap hari menjalankan amanah yang diberi.

Majoriti netizen berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana Pos Malaysia pasti ‘buat duit’ dengan kebanyakan penduduk Malaysia membeli belah dari rumah dan peniaga menggunakan servis Pos Malaysia sepanjang PKP ini.

Namun pada masa yang sama, ada juga individu yang menerangkan situasi getir yang sedang dihadapi pihak Pos Malaysia. Menurut Mohd Azhan , syarikat Pos Malaysia mengalami kerugian hampir setiap tahun dan apa yang dikecapi sepanjang PKP ini mungkin hanya dapat dirasai tahun hadapan kerana keuntungan seminggu dua tidak cukup untuk beri ‘bonus’ kepada pekerja.

Komen

Pun begitu, ada juga yang berpendapat walaupun tiada bonus, cukup sekadar diberikan satu jenis token ‘one-off’ kepada pada rider dan pekerja gudang Pos Laju dan Pos Malaysia yang perlu bekerja beberapa kali ganda bagi menguruskan lambakan parcel yang diterima sepanjang PKP ini.

Buat masa ini, Pos Malaysia tidak membuat sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini. Apa pun, diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik bagi menghilangkan kegusaran yang melanda para pekerja pos yang tanpa henti bekerja sepanjang PKP ini.

Continue reading

Brazil catat kematian TERTINGGI dalam tempoh 24 jam !

Angka kematian meningkat, pihak berkuasa Brazil gali kubur besar ...


SAO PAULO: Brazil mencatatkan kes kematian tertinggi COVID-19 dalam masa sehari dengan 881 mangsa korban terbaharu sepanjang 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatannya, semalam.

Brazil adalah negara di Amerika Latin yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu.

Jumlah kematian keseluruhan di negara itu kini mencecah 12,400, dengan 177,589 kes baharu dilaporkan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 9,258 kes daripada hari sebelumnya.

Rekod ini turut meletakkan Brazil sebagai negara keenam yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 dan berada di belakang Amerika Syarikat, Britain, Itali, Perancis dan Sepanyol.

“Sudah tentu peningkatan kes sejak beberapa hari kebelakangan ini sangat membimbangkan,” kata ketua bahagian penyakit berjangkit di Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) dalam satu taklimat di Washington.

Sementara itu, kebanyakan pakar berpandangan kes COVID-19 di Brazil dijangkakan lebih tinggi berikutan ujian saringan tidak dilakukan secara menyeluruh.

“Brazil hanya melakukan saringan kepada individu yang ditahan di hospital.

“Amat sukar untuk mengetahui keadaan sebenar jika dilihat melalui data sedia ada. Kami tidak mempunyai polisi sebenar bagi menguruskan wabak ini sehingga ia terus menular sebagaimana hari ini,” kata salah seorang pakar penyelidik, Domingo Alves, kepada AFP.

Beliau turut menganggarkan jumlah jangkitan sebenar di negara itu adalah 15 kali ganda lebih tinggi daripada angka rasmi yang didedahkan.

Sebelum ini, Brazil merekodkan angka kematian tertinggi pada 8 Mei lalu dengan 751 mangsa korban akibat COVID-19. –AFP

Continue reading

PKP 4 hampir berakhir, mungkinkah ada harapan kembali sediakala?

Datuk' detained at MCO roadblock in Penang, vehicle theft tools ...

Teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat ataupun kira-kira 72 jam lagi.

Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.

Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi.

Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan.

Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COVID-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.

https://spacerent.my/

Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COVID-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.

Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COVID-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.

Selain itu, tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka kematian kekal pada 107.

Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan.

Sejak penularan wabak ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COVID-19.

Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan.

Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.

Jadi tanamlah ‘normal baharu’ itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.

Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini.

Biasakan dengan normal baharu dan amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kiralah di mana sahaja anda berada, maklumlah raya sudah semakin hampir.

Sudah berbuih rasanya mulut Ismail Sabri mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu ketika sidang media harian mereka, justeru, rakyat seharusnya sudah memahami akan perkara-perkara yang digalakkan dilakukan dalam normal baharu ini.

– BERNAMA

Continue reading

Berbaloikah kita bersesak membeli-belah ketika PKPB

Rasmi: Bazar Perayaan Di Jalan TAR & Masjid India Akan Ditutup ...

KETIKA pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKP Bersyarat (PKPB), satu hakikat yang perlu diterima ia adalah tempoh yang sukar dengan ramai yang mengalami pelbagai masalah.

Namun jika semua asyik mahu bersenang-lenang sekarang, berkumpul, membeli-belah dengan senang hati, akibatnya mungkin kita terpaksa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang berpanjangan berikutan wabak COVID-19 masih menjadi ancaman di negara ini.

Satu persatu kluster COVID-19 muncul dengan yang terbaharu dikesan adalah kluster melibatkan sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini, namun dengan adanya PKP dan pelbagai perancangan membolehkan ia dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan setakat ini 10 kes positif dilaporkan dalam kluster berkenaan melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Walaupun punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan, namun ia sesuatu yang perlu dipandang serius semua pihak bahawa jangkitan ini boleh berlaku di mana-mana, terutama di kawasan sesak seperti pusat beli-belah.

Untuk rekod, setakat semalam, kes harian positif baharu nampaknya belum jatuh ke satu angka.

https://spacerent.my/

Malah, ia berlegar turun dan naik sekitar dua angka, daripada 30 kes empat hari lepas, kemudian 55 dan 39 semalam.

Apatah lagi dengan kelonggaran PKP ini dan juga proses rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas untuk pulang ke kediaman masing-masing yang bermula semalam, kita hanya mampu berharap semua orang boleh mengamalkan disiplin kendiri.

Seperti sebelum ini, kerajaan sentiasa mengingatkan bahawa penularan wabak ini masih berleluasa dan ia tertakluk kepada disiplin rakyat dalam memastikan ia benar-benar jatuh ke angka sifar.

Dr Noor Hisham juga menegaskan walaupun pihaknya mempunyai kemampuan dari segi kemudahan dan fasiliti, ia menjadi tanggungjawab sosial bersama bukan hanya Kementerian Kesihatan atau kerajaan tetapi rakyat Malaysia untuk mencegah penularan wabak terbabit.

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini keputusan sama ada memperketatkan PKPB atau melonggarkannya bergantung kepada kepatuhan rakyat yang akan dipantau pihaknya dan dari segi penularan kes yang akan dipantau Kementerian Kesihatan.

Setakat semalam, kes positif COVID-19 dalam negara berjumlah 6,467 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes, manakala jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad sebanyak 4,776 kes iaitu 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

— BERNAMA

Continue reading

Kenapa Balik Kampung Dan Ziarah Mungkin Tidak Dibenarkan Tahun Ini??

BeFunky-collage – 2020-05-08T101134.025

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah sebab sebenar yang menyebabkan kita  berkemungkinan tidak boleh menyambut Hari Raya Aidilifitri dan mengamalkan tradisi seperti balik kampung dan ziarah-menziarahi seperti biasa tahun ini.

Perkara ini menjadi persoalan besar buat sebahagian daripada kita sedangkan premis perniagaan dan sektor ekonomi pula dibenarkan beroperasi, namun apabila tiba giliran untuk beraya kita tidak dibenarkan dan terpaksa mengamalkan ‘normal baru’ dalam menyambutnya untuk tahun ini.

Kerajaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi dan perniagaan untuk kembali beroperasi seperti biasa dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Pembukaan ekonomi ini sekaligus membenarkan orang ramai untuk keluar bekerja tetapi apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah kenapa kita dibenarkan untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian yang lain tetapi bukannya menyambut hari raya?

Kepada anda yang mempunyai persoalan dan keliru dengan pertindihan itu, mungkin penjelasan daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob ini boleh merungkai segala kekeliruan yang timbul berkaitan dengan sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

https://spacerent.my/

Menurut laporan Astro Awani yang memetik siaran langsung menteri itu di Bernama TV, beliau menjelaskan hal ini adalah kerana ianya sedikit sukar untuk mengamalkan pematuhan SOP yang ditetapkan KKM ketika menyambut hari raya- terutama di kampung-kampung.

Manakala di premis-premis perniagaan pula, SOP ini adalah lebih mudah untuk diikuti oleh masyarakat dan orang ramai, jelasnya.

“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter.. jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV.

Beliau bagaimanapun pada masa sama menegaskan keputusan untuk memberikan kebenaran untuk pulang ke kampung tertakluk kepada bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian ini, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.

Ismail Sabri pada semalam memberitahu tiada aktiviti menziarah dibenarkan untuk tahun ini termasuk buat mereka yang berada dalam negeri yang sama. Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengapa perkara itu tidak dibenarkan sedangkan orang ramai dibenarkan untuk keluar bekerja dan sebagainya.

Continue reading

Orang Awam Dibenar Pandu Kenderaan Dengan Lesen Tamat Tempoh Ketika PKP

Memahami situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang lesen memandu telah tamat tempoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan mereka yang lesennya sudah tamat tempoh untuk memandu kenderaan.

Bagaimanapun JPJ memaklumkan bahawa kenderaan persendirian masih lagi tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan.

https://spacerent.my/

Meskipun membenarkan kenderaan dipandu dengan lesen tamat tempoh, JPJ memberi keizinan kepada POS Malaysia untuk menguruskan urusan permbaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.

Walaubagaimanapun JPJ menjelaskan bahawa pembukaan urus niaga di kaunter JPJ akan dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19 di semua kaunter urus niaga JPJ.

Continue reading

Ada Kod QR Baru Boleh Merentas Negeri

Fasa Kedua PKP Berakhir Hari Ini

Polis akan menyemak kebenaran perjalanan rentas negeri menggunakan kod QR yang dimuat turun dari aplikasi Gerak Malaysia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed.

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata semakan menggunakan kod QR itu akan dilaksanakan mulai esok sehingga 10 Mei.

Pada 3 Mei lalu, Huzir berkata, orang ramai yang terkandas di kampung dan perlu melakukan perjalanan rentas negeri tidak perlu mendapatkan kelulusan daripada polis asalkan mereka mendaftar lebih awal melalui Gerak Malaysia.

Menjelaskan hal itu beliau berkata sebelum ini orang ramai memang tidak perlu menunggu kelulusan selagi perjalanan mereka dikemas kini melalui aplikasi berkenaan.

https://spacerent.my/

Namun kata Huzir kini polis yang bertugas di sekatan jalan raya akan meminta pengguna menunjukkan kod QR mereka menggunakan telefon pintar.

Perubahan itu, katanya, dibuat kerana data awal menunjukkan hanya 29.5 peratus daripada 503,276 pemohon perjalanan merentas negeri sudah mengemas kini maklumat masing-masing seperti dikehendaki pihak berkuasa.

“Baki 70.5 peratus lagi – atau 354,700 orang – tidak mengemas kini maklumat pergerakan rentas negeri mereka,” katanya sambil menambah, orang ramai yang terlibat perlu membuat kemas kini tersebut selewat-lewatnya hari ini.

Menurut Huzir, polis terpaksa mengambil pendekatan itu kerana sebelum ini ramai orang menyangka mereka hanya perlu membuat permohonan kepada polis tanpa perlu menunggu kelulusan polis sebelum memulakan perjalanan.

Katanya pemeriksaan kod QR di sekatan jalan raya dibuat kerana ada kemungkinan ada orang yang menunggu sehingga ke saat-saat akhir untuk mengemas kini butiran perajalana rentas negeri.

“Polis perlu memastikan tiada mana-mana individu menyalahgunakan perkhidmatan ini dan mengambil peluang saja-saja melakukan perjalanan rentas negeri dan ia belum dibenarkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat,” katanya.

Dengan adanya kod QR itu, kata Huzir, hanya orang yang benar-benar terkandas saja dibenarkan membuat perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya ia juga membolehkan polis membuat perancangan bagi memastikan aliran trafik lancar selain menjimatkan masa pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Beliau menambah, bagi individu yang berdepan kesukaran menggunakan atau memuat turun aplikasi Gerak Malaysia, mereka boleh pergi ke balai polis terdekat dan membuat permohonan secara manual.

“Mereka kemudian boleh menunjukkan surat kebenaran yang diberikan polis semasa di sekatan jalan raya,” katanya.

Continue reading

Kajian: 30 peratus Rakyat tak ada pendapatan semasa PKP

Tamatkan PKP? 6 Kriteria Ini Perlu Ada Untuk Tentukan PKP ...

Satu kaji selidik dalam talian oleh Cent GPS Research mendapati bahawa 30 peratus responden tidak mempunyai apa-apa pendapatan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka boleh menyesuaikan diri dengan dua fasa pertama PKP tetapi kesejahteraan kewangan mereka mungkin akan terjejas jika PKP dilanjutkan.

Kaji selidik ini dilakukan semasa fasa satu dan fasa dua PKP bagi mengetahui keadaan kewangan isi rumah Malaysia dan corak perbelanjaan mereka.

Lebih kurang 733 responden terlibat dalam kaji selidik itu, yang terdiri daripada 54.3 peratus perempuan, 43.5 peratus lelaki dan baki 2.2 peratus tidak dikenalpasti.

https://spacerent.my/

Menurut satu kenyataan daripada Cent GPS Research, hampir 30 peratus daripada responden mengakui kewangan mereka hanya boleh bertahan selama sebulan sahaja, dengan 44 peratus lagi menyatakan mempunyai simpanan yang akan berakhir di antara satu hingga tiga bulan.

“Oleh itu, 74 peratus daripada responden tidak mampu bertahan sehingga melebihi empat bulan. Ini menjadi cabaran kepada kerajaan untuk menggiatkan semula ekonomi, bagi membolehkan perniagaan dan individu mempunyai keupayaan untuk memulihkan aliran tunai mereka selepas PKP,” katanya.

Walaupun banyak pihak mengulas mengenai cabaran yang perlu ditangani perniagaan bagi memulihkan operasi mereka, Cent GPS berkata masalah itu mungkin terletak dalam pasaran itu sendiri memandangkan orang akan mengurangkan perbelanjaan selepas PKP untuk menstabilkan simpanan mereka.

“Dengan pengurangan pendapatan isi rumah, serta mereka yang tanpa sebarang pendapatan semasa PKP termasuk mereka yang cuba menambah simpanan mereka kembali, orang ramai sedang berharap kepada kerajaan untuk menyediakan mereka dengan beberapa bentuk rangsangan.

“Mengikut kaji selidik kami, 86 peratus responden bersetuju bahawa PKP adalah perlu. Selain itu, jangkaan terhadap kerajaan adalah sangat tinggi, walaupun kaji selidik ini dibuat pada fasa awal PKP, kerajaan menerima 70 peratus respons yang positif bahawa pemerintah boleh memulihkan semula ekonomi dan jangkaan ini agak ketara,” tambahnya lagi.

Katanya, oleh itu, satu pelan yang jelas, ringkas dan terperinci perlu digunakan untuk sepanjang bulan selepas PKP bagi pemulihan ekonomi Malaysia termasuk mengukuhkan kembali keyakinan industri, perniagaan dan pengguna.

“Satu lagi penemuan kami yang agak menarik daripada kaji selidik itu ialah mereka yang membeli-belah dalam talian, merekodkan angka yang sama di kalangan mereka yang tinggal di dalam dan di luar Lembah Klang, malahan Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah yang agak besar.

“Mungkin yang bagusnya, PKP sebenarnya telah menjadi pemangkin kepada pengguna Malaysia untuk menerima pakai amalan dalam talian terutama yang berkaitan dengan perolehan barangan,” katanya.

– Bernama

Continue reading

PKPB: Tiada lagi had masa keluar

IGP: Police to shift some roadblock locations nationwide ...

Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob.

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan perkara itu selepas PKPB mula berkuat kuasa semalam.

https://spacerent.my/

Berhubung perjalanan rentas negeri pula, beliau berkata larangan masih terpakai tetapi perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan permohonan dibuat kepada pihak berkuasa.

Berkenaan perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam, Ismail berkata polis masih meneliti perkara itu.

“Polis sedang buat kajian, misalnya berkenaan berapa jumlah (bas) yang diperlukan.

“Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi),” katanya yang juga menteri pertahanan.

Menurut Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam “kawasan tempatan jangkitan” kecuali di kawasan PKP diperketatkan, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Pewartaan itu menandakan permulaan pelonggaran PKP bagi pembukaan semula ekonomi.

Ismail berkata polis kini akan mula memberi tumpuan kepada penguatkuasaan syarat dan peraturan yang ditetapkan kepada industri yang kembali beroperasi.

Peraturan itu antara lain pelaksanaan pembersihan di premis, ujian saringan terhadap pekerja asing dan pengamalan penjarakan sosial.

Katanya lagi, penguatkuasaan akan bermula dengan amaran sebelum disusuli dengan tindakan lebih tegas.

Info Malaysiakini

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.