Jangan Jadikan Tongkat Khutbah Sebagai Bahan Lawak Pesan Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak Covid-19.Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, para ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.

Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.

Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.

– Bernama

Continue reading

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi…

Video) Resipi Kari Ayam Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun ...

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi, Netizen Dakwa Sugu Pavithra Dibuli Di YouTube

Walaupun mencapai populariti berlipat kali ganda dan mendapat liputan daripada pelbagai media tempatan sejak beberapa minggu ini, namun ada kisah kurang enak untuk didengari yang berlaku kepada pemilik channel Youtube Sugu Pavithra.

Tatkala jumlah tontonan dan langganannya meningkat mendadak, namun kecoh di media sosial baru-baru ini apabila terdapat dakwaan yang mengatakan pasangan suami isteri itu dibuli secara atas talian (cyber bully) kerana video resipi yang dihasilkan mereka.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini memuat naik video-video masakan,resipi serta tips berkait penyediaan makanan mengikut cara mereka sendiri dan mendapat penerimaan yang sangat baik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Malah resipi yang dibekalkan beliau juga menjadi ikutan untuk Youtuber berasal daripada Jepun dalam menyediakan masakan kari yang turut dimuat naik ke channel mereka sebelum ini.

dayum

Namun, kejayaan yang dicapai pasangan suami isteri ini bagaimanapun sedikit tercemar apabila dikatakan ada sesetengah yang melakukan cyber bullying melalui komen-komen yang ditinggalkan di video yang dimuat naik mereka.

Perkara itu mula menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas ia diketengahkan salah seorang netizen baru-baru ini yang mengepilkan satu tangkap layar daripada individu yang menjelaskan mengenai perkara itu di channel Sugu Pavithra.

Melalui ciapan yang dibuat di Twitter itu, terdapat sesetengah individu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kandungan yang diketengahkan oleh Sugu Pavithra serta memberikan pesanan agar mereka tidak meneruskan perkongsian resipi yang difahamkan ‘bersifat rahsia’.

Bagaimanapun, semakan kami untuk mencari komen yang dikatakan bersifat ‘cyber bully’ itu bagaimanapun gagal untuk ditemui di beberapa video di channel Sugu Pavithra dan tidak dapat dipastikan sama ada komen-komen tersebut telah dipadam.

Ini kerana menurut perkongsian tangkap layar atau screenshot yang disertakan bersama ciapan tersebut, ia jelas menunjukkan penjelasan mengenai isu  tersebut berasal berasal dari ruangan komen channel itu kerana ia turut menerima reaksi daripada Sugu Pavithra.

Tetapi sebaliknya apa yang kami temui melalui semakan yang dibuat di ruangan komen video-video mereka hanyalah kata-kata semangat yang diberikan seluruh rakyat Malaysia agar mereka terus menghasilkan kandungan-kandungan seperti yang dilakukan sebelum ini.

komm

Sejujurnya, membaca komen-komen ini akan membuatkan kita untuk tidak mempercayai dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum ini kerana apa yang kelihatan hanyalah sikap kekitaan yang sangat kuat sesama rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, jika dakwaan seperti yang ditularkan netizen ini benar-benar berlaku, maka ia adalah satu perkara yang sangat mengecewakan kerana kandungan-kandungan yang dimuat naik mereka sebelum ini dilihat begitu berjaya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap video dan perkongsian ringkas kehidupan mereka sekeluarga telah berjaya menambat setiap hati rakyat Malaysia yang menonton tanpa mengira latar belakang.

Continue reading

Kedai pajak gadai jadi tumpuan pada Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

ORANG ramai beratur di hadapan kedai pajak gadai. FOTO Tular

KEDAI pajak gadai menjadi tumpuan orang ramai selepas hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semalam.

Pengguna media sosial turut berkongsi gambar dan video orang ramai yang sanggup beratur panjang di depan kedai pajak gadai menunggu giliran.

Perkongsian berkenaan bukan sahaja kedai pajak gadai di sekitar Kuala Lumpur dikerumuni orang ramai malah beberapa negeri lain seperti Perlis, Terengganu dan Ipoh juga mengalami situasi sama.

Beberapa pengguna media sosial turut menzahirkan rasa sedih dengan situasi itu.

https://spacerent.my/

Menerusi akaun Twitter @mSidekJ, dia berharap emas digadaikan sememangnya disimpan untuk waktu kecemasan dan bukanlah barang kemas kahwin.

Sementara itu, @AzammAmiri menerusi platform media sosial sama berkata, simpanan emas sememangnya penting sebagai perlindungan kewangan masa depan.

Dia berkongsi kepentingan perlindungan wang penting dalam menghadapi situasi luar dugaan seperti dibuang kerja, kemalangan dan kebakaran rumah.

Menurut Diana Ramlan yang berkongsi di ruangan komen, ibunya sudah menjangka akan ramai pergi ke kedai pajak gadai berikutan simpanan sudah kurang kerana duduk di rumah saja.

“Ada pekerja yang tidak bekerja kerana majikan memberi cuti tanpa gaji selama tiga bulan dan ada juga yang sudah dibuang kerja.

“Tidak boleh tunggu dan harapkan wang dari bantuan kerajaan kerana ia pasti tidak cukup untuk menanggung sara hidup dan hutang yang perlu dilunaskan.

“Pajak gadai emas adalah pilihan terakhir mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Selain itu, ramai pengguna media sosial turut memberi kata semangat kepada semua yang berdepan dengan situasi berkenaan.

Mereka mendoakan semoga urusan dipermudahkan dan diberi peluang untuk terus kuat di waktu mencabar ini.

Info MyMetro

Continue reading

‘Jakel mohon maaf kepada orang Melayu yang tersinggung’

Video Tak Tahan Dengan Kontroversi yg Melanda, Akhirnya Owner ...

“DENGAN rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tersinggung dengan kenyataan adik saya (Muzaffar),” kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Beliau membuat permohonan maaf itu susulan kenyataan adiknya yang tular di media sosial dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan warganet disebabkan ia disifatkan berbaur penghinaan kepada orang Melayu.

Menurut Mohamed Faroz, beliau sendiri kesal dan marah dengan tindakan adiknya apatah lagi beliau sedar dan mengakui orang Melayu adalah penyokong terbesar perniagaannya selama ini.

“Isu itu kini seolah-olah ditokok tambah pihak tertentu yang mungkin cuba menghangatkan situasi serta menjatuhkan perniagaan Jakel.

“Awalnya, adik saya hanya menjawab pertanyaan seorang pelayar mengenai SOP (prosedur operasi standard) premis Jakel yang akan kembali beroperasi esok.

“Ia susulan ada warganet yang menyatakan kewujudan kluster Jakel pula apabila premis perniagaan kami dibuka, jadi adik saya memaklumkan SOP akan dititikberatkan sepanjang beroperasi.

“Walaupun adik saya sudah menyatakan mengenai SOP itu, pelayar berkenaan berterusan bertanya apa SOP yang dimaksudkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Mohamed Faroz berkata, disebabkan itu, adik saya memuat naik kenyataan berkenaan dan dia mengakui cara penulisan adiknya menampakkan seolah-olah tidak sensitif dan mengguris hati orang Melayu.

https://spacerent.my/

“Saya juga terkesan dengan kenyataannya dan marah tetapi perkara sudah pun berlaku. Pada saya, salah faham ini menjadi lebih teruk apabila ia mula ditokok tambah oleh hantaran lain yang tidak tepat,” katanya.

Merujuk kepada individu yang menggunakan nama Nor Lizah di Facebook, Mohamed Faroz berkata, individu terbabit tiada kena mengena dengan keluarga mahupun perniagaan Jakel.

“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam.

“Sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal untuk menghina (orang) Melayu seumpama itu apabila saya sendiri sedar mereka begitu setia menyokong kami selama ini. Malah, mana mungkin kita akan menghina secara terbuka.

“Saya berharap masyarakat dapat memaafkan sebarang khilaf yang dilakukan seluruh ahli keluarga dan pekerja saya. Saya mungkin agak beremosi dalam hal ini tetapi (saya) benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Kenyataan Muzaffar semalam tular apabila dia dikatakan menghina orang Melayu menerusi hantarannya di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan warganet khususnya masyarakat Melayu.

Isu bertambah panas apabila individu menggunakan nama Nor Lizah turut menghina Melayu dengan lebih teruk menerusi penggunaan perkataan bodoh dan sebagainya.

Bagaimanapun difahamkan, pemilik akaun, Nor Lizah itu dikatakan membuat laporan polis kerana tidak membuat hantaran itu sebaliknya dilaporkan berkata akaun Facebooknya digodam.

Info Mymetro

Continue reading

Dibenarkan Beroperasi Bermula 4 Mei, Netizen Risau Wujudnya ‘Kluster Jakel’

Image

Kerajaan pada semalam telah pun mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka pada 4 Mei ini selepas terpaksa ditutup sejak PKP mula diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

Keputusan itu bukan saja memberikan peluang kepada peniaga untuk kembali melakukan aktiviti perniagaan tetapi turut memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk keluar membeli persiapan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengumuman kebenaran itu dilihat tidaklah dipersetujui oleh semua pihak -terutama pelanggan jika dilihat melalui pendapat-pendapat yang dilontarkan di media sosial sejak semalam.

Antara kerisauan yang timbul dalam kalangan netizen ini adalah akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 secara mendadak jika orang ramai dibenarkan keluar dan berkumpul ketika membeli persiapan hari raya nanti.

Dengan beberapa perniagaan bakal dibuka kembali Isnin ini, netizen sudah mula membayangkan akan wujudnya kluster baru dalam kalangan rakyat tempatan seperti kluster Jakel, kluster kedai tom yam dan kluster SOGO yang berpunca daripada aktiviti membeli barang raya tidak lama lagi.

https://spacerent.my/

Selain mempersoalkan pembukaan premis yang boleh menarik kehadiran orang ramai untuk berkumpul seperti Jakel, netizen juga tertanya-tanya kenapa kedua -dua pihak – penjual dan  pelanggan tidak hanya memfokuskan kepada jualan dan pembelian dalam talian dan bukannya secara fizikal.

Ini bukan saja dapat mengelakkan risiko jangkitan dalam kalangan pembeli tetapi demi keselamatan pekerja kedai-kedai yang bakal mengendalikan jumlah pelanggan yang tinggi sepanjang bulan ramadan ini.

Pergi JAKEL nak dapat kain murah untuk raya? Jangan sampai masa Raya, awak beraya dalam kubur ye. Beli online je. Settle! https://t.co/ir1Zaagk99

— Bubble ☁️ (@softypeachyass) May 2, 2020

Timbul kekeliruan?

Malah ada juga netizen yang berpendapat Jakel sebenarnya tidak dibenarkan beroperasi jika mengikut senarai yang dibekalkan oleh KKM melalui senarai aktiviti yang masih dilarang kerana sukar mengawal keadaan orang ramai.

Ia dilihat merujuk kepada perkara 11. Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen yang tidak dibenarkan beroperasi bersama dengan beberapa lagi sektor perniagaan lain.

EW98E8CVcAENnZY

Pihak Jakel bagaimanapun melalui wakil mereka pada semalam memaklumkan syarikat tersebut akan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal jangkitan COVID-19 di premis mereka seperti menguatkuasakan social distancing, pemakaian face mask dan pemeriksaan suhu badan antaranya.

Salam semua maaf kan saya. Saya hanya insan biasa. pic.twitter.com/rxroOKeMBq

— Muzaffar Jakel (@muzaffarjakel) May 1, 2020

EW8ymuIUcAUuubO

Apa-apa sekali pun, keputusan telah pun dibuat oleh pihak kerajaan setelah melihat daripada pelbagai aspek sebelum memberikan kebenaran kepada premis-premis ini untuk kembali beroperasi.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab apa yang boleh dilakukan oleh kita ketika ini adalah meminimakan pergerakan keluar, mengelakkan perhimpunan dan paling penting mengamalkan amalan kebersihan seperti mencuci tangan dan memakai face mask bila keluar.

Continue reading

Perjalanan Balik Menyambut Hari Raya di Kampung TIDAK DIBENARKAN!

Jalan Jem! Apa Perlu Buat?

KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau tempat lain.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Aidilfitri juga tidak dibenarkan.

“Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, hari ini.

Perdana Menteri berkata, aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata, majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Continue reading

dUck Scarves tiru sleepylllama’s design from sonaru ??

BeFunky-collage-8

Vivy Yusof telah melancarkan rekaan terbaharu tudung dUCk semalam dan peminat jenama dUCk pastinya teruja dengan pelancaran koleksi tersebut.

Akan tetapi, pelancaran tersebut mencipta kontroversi apabila rekaan dan konsep yang dilancarkan oleh Vivy didakwa menciplak rekaan tudung seorang artist, Sleepylllama atau dikenali sebagai Nia dari rekaan koleksinya 2 tahun lepas.

photo_2020-04-29_06-45-05
photo_2020-04-29_06-49-08

Walau bagaimanapun, Vivy telah menafikan dakwaan bahawa beliau mencuri idea dan rekaan tudungnya itu adalah rekaan asli dan telah dibincangkan rekaannya serta pernah digunakan untuk satu produk dUCk dikeluarkan pada 2018.

photo_2020-04-29_06-45-08

Tambahnya lagi, tudung kolaborasi Soonaru dan Sleepy studio dikeluarkan pada Disember 2018, dan produk rekaannya yang baru sahaja dilancarkan telah dibincangkan sejak bulan Jun tahun yang sama. Berikutan itu, Nia juga tampil menunjukkan bukti email di mana rekaannya telah dibincangkan sejak bulan Mei.

photo_2020-04-29_06-44-57

Menurut Nia, walaupun koleksi tudungnya dilancarkan pada bulan Disember tetapi proses perbincangan telah bermula seawal bulan Mei 2018. Proses untuk menghasilkan rekaan dan konsep memakan masa, idea dan tenaga dan siapa tidak kecewa dan marah apabila rekaan dan konsep ditiru begitu sahaja.

Rata-rata netizen mempunyai pendapat yang berbeza dan menimbulkan pendebatan. Ada yang mengatakan konsep yang ditonjolkan sama tetapi rekaan sedikit berbeza dan juga sebaliknya. Malah, ada juga yang berasa tidak sepatutnya perkara seperti ciplak rekaan orang lain berlaku.

Malah, ada juga yang menyalahkan creative team dUCk yang sudah banyak kali menimbulkan kontroversi seperti ini dan seharusnya Vivy mencari creative team baharu.

I’m not a fan of vivy yusof but to be honest i think vivy’s and sleepylllama’s design is not really similar. There is some dots pattern that might looks same but the overall design is different. Same like batik pattern, at a glance it looks same but actually it is different https://t.co/0oLlWC6III

— Arissaaa (@jihrsa) April 28, 202

Pastinya isu plagiarism ini satu isu yang besar dan apakah pandangan anda mengenai hal ini? Baru sahaja reda isu Vivy Yusof didakwa ciplak karya orang lain sebelum ini, muncul lagi isu seperti ini.

Continue reading

PKP Fasa 4 bermula hari ini & dibenarkan keluar berdua bagi kediaman yang sama !!

Beli apa yang perlu sahaja... | Harian Metro

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Walau bagaimanapun warta persekutuan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, yang telah dikemaskini membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.

Versi sebelum ini menyatakan bahawa individu yang ingin membeli barang keperluan di kawasan yang dijangkiti “tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain.”

Peraturan yang dikemaskini itu juga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai.

Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli “makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian.”

Walau bagaimanapun, peraturan terbaru menambah “barangan dari mana-mana pembekal perkhidmatan penting” ke dalam senarai berkenaan.

Peraturan baru yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Adham Baba.

PKP fasa 3 sepatutnya berakhir semalam tetapi dilanjutkan lagi hingga 12 Mei.

Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac.

Di bawah PKP, semua perniagaan dan perkhidmatan yang dianggap kurang penting diperintahkan ditutup dan orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman mereka kecuali untuk alasan yang dibenarkan, seperti membeli barang runcit dalam lingkungan 10km.

Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19, yang menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara terhenti.

sumber: Malaysiakini


Continue reading

Akibat Kesusahan Hidup Dibandar, Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada di fasa ke-4, seorang lelaki nekad untuk jalan kaki pulang ke kampung halaman atas desakan hidup setelah sebulan tidak berkerja. Menurut Sara Anisa, suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung selepas dihalau dari rumah sewa milik majikannya.

Takde tempat tinggal di KL

Suami aku buat kerja gila. Jalan kaki balik kampung. Sekarang on the way ke Gerik. Pening kepala fikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja. Tauke pun halau la dari rumah dia duduk tu, duit pun takde nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki balik rumah.

Suaminya dikatakan dalam perjalanan ke Gerik dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa lebih kurang 4 hari. Faktor kewangan untuk teruskan hidup di KL juga mendorong suaminya untuk pulang ke kampung halaman.

https://spacerent.my/

Tiket bas tak dijual

Menurut Matnoe Poksu Din, dia bertekad untuk berjalan kaki selepas tiada tiket bas yang dijual di stesen bas. Tambahnya lagi, dia sudah stress memikirkan perkara ini selepas tiada tempat bertedung lagi.

Bermalam di RTC Gopeng

Dua hari lagi sapa laa .. hahaha

Posted by Muhamad Noor Bin Ramlee on Ahad, 26 April 2020

Dia turut berkongsi video sepanjang perjalanannya menerusi Facebook. Dia berhenti berehat di RTC Gopeng selepas mengharungi beberapa jam perjalanan untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya. Cuaca yang tidak menentu turut memberi cabaran kepada dirinya untuk meneruskan perjalanan.

Kasut tapak pecah

Di sini! Pecah tapak kasut!

Selepas berehat dan tidur di RTC Gopeng, dia meneruskan kembali ekspidisinya untuk pulang ke kampung. Tiba di Ipoh, dia turut diduga dengan keadaan tapak kasutnya yang pecah. Hal ini menyukarkan lagi dirinya untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan kasut yang sedemikian.

Selamat naik lori ke Gerik

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook Kayro Rahman melaporkan bahawa dia telah menumpangkan Poksu menaiki lorinya untuk ke Gerik. Sesudah sampai di Gerik nanti Poksu bakal menumpang lori lain untuk pulang ke Kelantan.

Sumber: Sara AnisaMatnoe Poksu Din

Continue reading

Dugaan Perkhidmatan Kurier Disebalik PKP

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan, namun ia tidak mematahkan ‘semangat’ rakyat Malaysia untuk untuk membeli belah. Pelbagai jenis platform pembelian online telah diwujudkan setelah sekian lama, dengan tujuan memudahkan urusan pembelian dihujung jari.

Sudah semestinya, pembelian atas talian ini memaksa pelanggan menunggu dalam beberapa tempoh tertentu, untuk mendapatkan barang yang telah dipesan mereka sampai di depan pintu rumah.

Semua nak barang cepat sampai, tapi tolonglah faham!

Disebabkan PKP, lebih ramai diihat membuat pesanan atas talian dan kurier penghantaran barangan tidak menang tangan untuk mengurusakan pesanan uyang dilihat bertambah berkali-kali ganda setiap hari.

Di Twitter, salah seorang penggunanya berkongsikan sedikit realiti yang terpaksa di tanggung oleh kurier penghantaran barangan untuk menguruskan semua pesanan oleh peniaga atas talian.

https://spacerent.my/

Ni baru depan, bahagian belakang tak tengok lagi!

Sehari barang 7 ribu masuk…

1 guni, 1 beg galas, 2 motor

“Kerah tenaga 2 kali ganda dari biasa…”

Ramai juga berkongsikan pendapat dan juga pandangan yang dihadapi oleh staf-staf kurier ini. Namun, ada juga yang dilihat tidak berpuas hati dengan servis sesetengah kurier yang dianggap tidak professional dalam melakukan tugas mereka.

Sehinggu barang kau peruk dalam kedai

https://spacerent.my/

Lebih 10 hari barang tu tak ambil langsung!

Jangan lupa ucap terima kasih!

Walau apapun yang berlaku, jangan lupa untuk sentiasa mengucapkanlah terima kasih demi menghargai keringat mereka yang berpenat lelah berugas sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Sumber: Twitter.

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.