Dugaan Berpuasa “Frontliner” dengan PPE

MOH: PPE Supply Lasts Two Weeks; Need More Donations | Lowyat.NET

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan pengorbanan petugas barisan hadapan yang kini sedang bertungkus lumus menangani penularan wabak Covid-19.

Lebih-lebih lagi mereka yang bertugas di sektor perubatan.

Selain berjuang menyelamatkan nyawa pesakit positif Covid-19, petugas barisan hadapan ini juga turut berperang dengan emosi masing-masing.

Mana tidaknya, ketika kita sedang selesa berada di rumah masing-masing bersama keluarga tersayang dan menjalani ibadah puasa dengan tenang, petugas barisan hadapan ini terpaksa bertugas serta menahan diri dengan mengenakan pakaian serta peralatan pelindung diri (PPE) dalam apa jua keadaan.

Salah seorang petugas barisan hadapan menceritakan pengalamannya bekerja dalam misi Covid-19 ketika di awal Ramadan melalui media sosial miliknya.

“Ramadan tahun 2020 sangat berlainan dengan tahun-tahun sebelum ni. Ketika ini saya dan beberapa rakan sekerja telah dihantar untuk menjalankan ‘mass screening’ (saringan massa) di salah satu kawasan PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan).

“Kami dipecahkan mengikut zon yang berlainan. Setiap zon mengikut jumlah penduduk yang berbeza dan kekuatan pasukan mengikut populasi penduduk. Ternyata menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan ketika berpuasa sememangnya bukan mudah.

Bagaimanapun, menurut doktor perubatan itu beliau tetap positif dengan tugasan dan tanggunjawabnya selain memohon diberikan kekuatan.

“Terima kasih banyak kepada kamu semua. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kami dan memberikan kami kekuatan semua dalam misi memerangi wabak Covid-19 ini pada hari hari mendatang,” katanya.

Harapkan doa rakyat Malaysia


Seorang petugas barisan hadapan yang kini ditugaskan membuat saringan di kawasan zon merah Covid-19 di sekitar Lembah Klang setakat ini berkata dia dan rakan-rakannya masih dalam keadaan baik.

“Setakat ini semua okey lagi, tak ada moral down pakai PPE waktu bulan puasa ini,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Johor Bahru berkata tidak ada apa yang berbeza dengan rutin harian mereka.

Menurutnya, baik sebelum Ramadan mahu pun ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah itu.

Akur dengan amanah

Sementara itu, seorang penolong pegawai perubatan di salah sebuah hospital di Lembah Klang yang enggan dinamakan berkata suasana berpuasa masih sama buat mereka.

Bagaimanapun, menurut beliau yang sebelum ini ditempatkan di kawasan yang dikenakan PKPD, melibatkan kawasan sekitar Selayang Baru, Selangor suasana itu berubah sebaik sahaja arahan dikeluarkan pihak atasan.

“Hari ini, hari keempat umat Islam menjalani ibadah puasa. Situasi berpuasa itu masih sama buat kami (petugas barisan hadapan) sehinggalah arahan turun ke medan dikeluarkan, maka kegalauan (kekalutan) mula melanda.

“Biasanya bertugas di luar waktu bulan puasa, ketahanan memakai PPE hanya boleh bertahan sehingga lima jam.

“Lebih dari itu, mulalah menjelma kelesuan, kepenatan dan peluh mencurah-curah. Adapun diluar waktu puasa, dehidrasi dapat diganti dengan minum banyak air setelah doffing (istilah yang digunapakai yang membawa maksud, PPE ditanggalkan),” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka perlu akur.

“Arahan baru. Lokasi, PKPD Selayang Baru. Jangkaan kapasiti tapisan, 2,000 orang. Walau pahitnya terasa ditekak, tetap jua perlu ditelan dengan suasana mulut yang kekeringan.

“Hendak diingkar, ia arahan. Maka, menurutkan sahaja arahan yang baru diterima.

“Niat “Lillahitaala” – “AlJihad, sabiluna…sabiluna (Jalan Kami… Jalan Kami) antara nasihat yang membaurkan semangat untuk terusan bekerja,” katanya yang baru sahaja selesai menjalankan tugas di pusat kuarantin selama lebih dua minggu .

Bagaimanapun, beliau berkata suasana di kawasan PKPD Selayang Baru jauh berbeza berbanding di hospital, klinik kesihatan mahu pun di pusat-pusat kuarantin.

“Gambaran yang terhidang dihadapan mata tidak jauh berbeza dengan hasil tangkap lensa media tempatan.

“Jika biasa bermain permainan video genre zombie, mesti dapat menjangka gambarannya. Benar-benar view cliche (pemandangan klise) – barrier (penghadang) anggota keselamatan dan ‘zon terinfeksi’. Ada sedikit perasaan gembira kerana berpeluang dalam meruntun suasana seperti ini.

“Namun bercampur aduk pula dengan perasaan risau. Risau dengan bakal ‘client’ nanti. Risau lagi dengan risiko jangkitan,” katanya.

Katanya lagi, setelah meninjau tempat bertugas serta melapor diri di kem sementara kesihatan yang didirikan, mereka akan menunggu pula arahan seterusnya dari Health Field Commander.

“Sejurus, tanpa lengah, arahannya – sentiasa berada di dalam PPE. Arahan dituruti, terusan menyarung PPE. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, dibungkus plastik.

“Gerak kerja adalah secara berpasukan, seramai empat orang dengan tugasan yang berbeza-beza.

“Suasana wabak juga tidak menggalakkan gerakan secara berkumpulan, client turun secara berseorangan dan satu per satu.

“Masuk tengah hari, suasana di bawah kanopi membahang. Mandi peluh pada waktu puasa terlalu mengesan. Baru sahaja lapan orang client disaring, mata melilau mencari kawasan untuk lunjur kaki,” ceritanya.

Ujarnya, doktor yang perasan dengan reaksinya mengeluar isyarat tangan dengan menunjukkan ibu jari.

Namun, dibalasnya dengan isyarat tangan ibu jari ke bawah, katanya.

Bagaimanapun, katanya, doktor yang bertugas akur dan faham dengan isyarat tersebut.

“Doktor beri arahan, ‘okay team, take five‘. Take five (rehat lima minit) yang tidak memberi banyak erti. Kerana pada waktu puasa ini, peluh yang mencurah tidak dapat diganti. Lenguh kaki, dapat juga berehat dengan lunjur seketika tapi PPE masih belum boleh di ‘doffing’,” katanya.

Convalescent plasma' lawan virus Covid-19 | Harian Metro

Bagaimanapun, katanya apa yang mampu dilakukan adalah bertahan sahaja.

“Bertahan sahaja. Untuk amanah yang telah diberi, demi lencana di dada kami sedia membantu. Saya harungi jua! Selalu ingat kata-kata penyelia. Bayangkan wajah ketua pengarah kita. Dia tidak pernah ‘berehat’!” tegasnya.

Malaysia kini dalam fasa ketiga PKP selepas dilanjutkan tiga kali. TArikh baru perintah itu akan tamat ialah pada 12 Mei ini.

Setakat tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 5,820 kes dengan 99 kematian.

Mengambil kira 3,957 atau 67.9 peratus yang telah sembuh jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,764 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk petugas barisan hadapan, rakyat Malaysia hanya mampu berikan doa dan ucapan ribuan terima kasih atas semua pengorbanan mereka.

Continue reading

Semangat & Pengorbanan Bapa sebagai “Essential worker”

Selain petugas kesihatan, angkatan pertahanan, penghantar makanan dan pekerja kebersihan juga merupakan petugas barisan hadapan ketika dunia berhadapan dengan musibah. Di Singapura, seorang lelaki yang dikenali sebagai Syazwan Majid menceritakan ketabahan bapanya yang masih keluar berkhidmat sebagai pekerja kebersihan walaupun usianya dikategorikan warga emas.

My dad is an essential worker

My dad is an essential worker. No, he is not a doctor or a nurse, he also could not read or write. He is but a hardworking man who keeps our streets and parks clean and has been for the past four decades of his life. But people like my dad, not forgetting countless others in other essential services such as our food delivery riders, public transport operators and supermarket staff play as important a role in keeping our country moving in the midst of this extremely trying period. My dad and other essential workers continue being out and about – placing themselves exposed to this hidden enemy. This worries me more because my dad is a senior citizen, making him among the vulnerable subset of our community.

I take this moment to urge everybody to take the circuit breaker with utmost seriousness. Play your part in keeping our seniors, loved ones and families safe and to not overwhelm our frontline workers. While they do appreciate the singalongs, claps and cheers that we have been giving thus far, the greatest form of respect and tribute that you could offer in your own capabilities to them is by simply staying at home. It’s already a difficult period, so let’s not be a difficult people.

I ask Allah SWT to protect him, bless him with health and happiness in this world and the highest level of Paradise in the hereafter for the wonders that he have done for my mom, brothers and I since the day he asked my mom for her hand in marriage and in starting a family together. Amin.

Tambah Syazwan, foto ayahnya itu diambil ketika ayahnya sedang bersiap untuk pergi bekerja. Sebagai anak, dia sangat bangga mempunyai ayah yang hebat meskipun pelbagai tanggapan dilontarkan oleh masyarakat mengenai pekerjaan ayahnya. Dia turut mendoakan ayahnya itu sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T dan terus kuat demi berbakti kepada negara.

Sumber: Syazwan Majid

Continue reading

Kanye West miliki kekayaan berjumlah RM5.7 bilion

Kanye West's GQ Profile: A Brand-New Ye | GQ

Penyanyi Rap terkenal, Kanye West kini menjadi jutawan, terima kasih kepada kasut bola keranjang yang mempunyai namanya atas kolaborasi dengan Adidas, lapor majalah Forbes.

Jumlah kasar kekayaan suami kepada bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian itu kini berjumlah AS$1.3 bilion (RM56.6 bilion)

Forbes mengumumkan pemuzik itu kini termasuk dalam senarai individu yang bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

Kasut Adidas Yeezy sering dijual dengan harga lebih dari AS$200 (RM872) sepasang di Amerika Syarikat dan di tempat lain.

West sebelum ini bekerjasama dengan jenama Nike sebelum berkolaborasi dengan Adidas pada 2015.

Forbes melaporkan, West sudah bertahun-tahun menekan majalah itu untuk disenaraikan sebagai salah seorang terkaya tetapi ditolak berikutan kekurangan bukti.

Sebahagian besar kekayaan West adalah dari hartanah yang dimilikinya.

West adalah penyanyi rap Amerika kedua yang memasuki senarai Forbes selepas Jay-Z.

Continue reading

Kenangan Sekelas Dengan Pemangku Raja Pahang, lelaki ini berkongsi pengalaman berharga..

BeFunky-collage – 2020-04-24T111631.316

Tiada ‘Gap’ Dengan Murid Biasa, Lelaki Ini Kongsi Kenangan Sekelas Dengan Pemangku Raja Pahang

https://spacerent.my/

Berkawan dengan putera raja mungkin bukanlah satu pengalaman yang dapat dirasakan setiap daripada kita. Buat mereka yang berpeluang merasakan kesempatan pernah berkawan bersama, ia mungkin menjadi salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jadi tidak hairanlah jika perkongsian kenangan persekolahan bersama Pemangku Raja Pahang ketika ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah oleh @rajamohdfaiz di laman Twitternya mendapat sehingga lebih 16,000 retweet.

https://spacerent.my/

Menurut Mstar yang menemubual lelaki tersebut, pengalamannya bersekolah bersama memberi peluang buat dirinya melihat keperibadian putera sulung Tengku Abdullah dan keluarga diraja ketika itu.

“Saya dan Tengku Hassanal satu kelas dari dajah 1 hingga darjah 3. Masa hari pertama sekolah tu parents semua datang. Tengku Abdullah (Al-Sultan Abdullah) dan Tunku Azizah ada sekali masa tu.

“Masa itu barulah tahu Tengku Hassanal ini anak raja. Bila masuk dalam kelas Tengku Abdullah beritahu cikgu suruh tengok-tengokkan Tengku Hassanal. Baginda siap beritahu kalau Tengku Hassanal buat perangai rotan dia.

“Sampai macam tu sekali. Kiranya tidak ada gap antara orang biasa dengan anak raja. Tengku Hassanal masa tu pun memang berkawan dengan semua orang, tak sombong. Masa pergi kantin pun sekali malah kami pernah duduk semeja,” katanya

Difahamkan Raja Mohd Faiz sebelum ini pernah bersekolah dan berada di kelas yang sama dengan Tengku Hassanal di SK St Thomas, Kuantan, Pahang.

Bukan sahaja tidak mengamalkan jurang dengan murid biasa, malah menurutnya Tengku Hassanal juga pernah menjemput rakan-rakan sekolahnya ke istana bagi menyambut majlis hari jadi beliau.

“Saya masih ingat lagi semasa dijemput ke istana masa birthday Tengku Hassanal. Dengan tak bawa baju spare untuk mandi tiba-tiba Tengku Muhammad tolak masuk ke dalam kolam.

“Lepastu Tengku Hassanal datang tanya ‘Raja ada baju lebih tak?’.Kemudian saya kata ‘tak bawa Tengku. Tengku Hassanal pun ajak masuk bilik dia sambil bibik dia follow dan bagi baju dia untuk saya pakai.

https://spacerent.my/

Tambah menarik, perkongsiannya mengenai kenangan zaman persekolahan itu turut mendapat perhatian daripada Tengku Hassanal yang menghantar pesanan kepadanya di laman Instagram.

“Terkejut dapat mesej dia di IG. Memang tak expect dia akan reply pasal tweet tu. Dia cakap terima kasih dan dia pun dah lupa kejadian itu. Cuma dia masih ingat pertemuan kami pada 2013,” kongsinya.

Continue reading

Hukum Melakukan Ujian Swab Covid-19 Ketika Bulan Puasa, Batal Atau Tidak?

Malaysia disyor buat ujian pengesanan Covid-19 menerusi pandu lalu

Nasopharyngeal swab dan Oropharyngeal swab merupakan dua jenis kaedah saringan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu positif atau tidak wabak yang sedang melanda negara.

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam berpuasa, sudah pasti korang tertanya-tanya apakah hukum ujian swab terhadap orang yang sedang berpuasa kan? Menerusi Facebook Dr Maza, beliau memberitahu hukum dan hujah mengenai perkara tersebut. Jom baca!

https://spacerent.my/

Tidak membatalkan puasa

Buat pengetahuan korang, kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx dengan kedalaman lebih kurang 4.8cm bagi kanak-kanak dan 8 hingga 12cm bagi golongan dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala, kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel yang sama.

Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, setelah melihat kepada dalil-dalil yang dikemukan secara perbandingan, maka mereka mentarjihkan pendapat bahawa kaedah swab semasa melakukan ujian saringan wabak yang sedang melanda tidak membatalkan puasa.

Hujah dan alasan

1. Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa dengan ijmak ulama. Maka, sesuatu puasa yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal dengan sesuatu yang syak atau sekadar sesuatu andaian.

2. Menjadikan alasan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dalam sebagai sebab pembatalan puasa menimbulkan perbezaan pendapat yang luas di kalangan ulama mazhab. Pandangan yang ditarjihkan iaitu ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam rongga dalam mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain di luar badan.

3. Sebagai tambahan sokongan, al-Majma’ al-Fighi al-Islami di dalam majalah al-Majma’, 10/453-455 telah menyenaraikan beberapa isu perubatan yang tidak membatalkan puasa termasuklah ‘memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya’.

Pandangan Mufti Kelantan dan Pahang

https://spacerent.my/

Menerusi laporan Berita Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan ujian berkenaan juga dibenarkan dan diberi kelonggaran kepada umat Islam yang berpuasa kerana ia melibatkan aspek kesihatan.

Berdasarkan pengalaman saya apabila disyaki dijangkiti COVID-19, ujian swab itu tidak masuk jauh ke dalam rongga hidung. Begitu juga untuk ambil sampel di rongga tekak. Saya tidak pasti dengan prosedur ujian dengan orang lain, tetapi bagi diri saya, ujian swab tidak membatalkan puasa.

Jika ujian itu jauh ke dalam tekak atau kerongkong, barulah boleh jadi batal. Kalau ada orang rasa was-was ujian swab itu membatalkan puasanya, maka dia boleh berbuka. Nanti dia kena ganti puasa itu selepas Ramadan

Tambahnya, jika seseorang berasakan ujian swab itu membatalkan puasanya, seperti alatan swab menusuk jauh ke dalam rongga hidung, wajib baginya menggantikan puasa berkenaan.

Bagi saya, ujian swab tidak akan membatalkan puasa kerana alat berkenaan tidak sampai jauh ke dalam rongga hidung atau sehingga ke halkum atau kerongkong. Ia berbeza dengan penggunaan ‘inhaler’ kerana ia akan masuk ke dalam rongga perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berpendapat yang sama iaitu ujian swab tidak akan menyebabkan puasa Ramadan seseorang terbatal.

Sumber: Dr Maza & Berita Harian

Continue reading

Ustaz Ebit Lew Sewakan Rumah Baru, Pondok Usang akan Dirobohkan

Ustaz Ebit Lew antara insan yang dilihat paling giat menjalankan kerja-kerja kemanusiaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun, dalam pada masa yang sama ada segelintir individu dilihat kurang senang dengan niat baik Ustaz Ebit Lew ini.

Keluarga Ishak Darus antara golongan yang mendapat perhatian daripada Ustaz Ebit Lew. Dari Kuala Lumpur turun ke Kedah, pendakwah berkenaan membantu menyewakan sebuah rumah yang mempunyai lima buah bilik demi keselesaan Ishak Darus sekeluarga yang sebelum ini hanya berteduh di rumah usang sahaja.

Image may contain: 3 people, people sitting and child
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

“Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami…”

Selepas nasib keluarga Ishak Darus atau mesra dengan panggilan Pak Aq mendapat perhatian Ustaz Ebit dan rakyat Malaysia, timbul pula dakwaan-dakwaan yang agak tidak menyenangkan.

Semua dah pindah, esok rumah diroboh…

Walau bagaimanapun , dakwaan-dakwaan tersebut ditepis kembali oleh orang ramai dan menganggap pertolongan Ustaz Ebit Lew ini adalah satu rahmat buat keluarga Pak Aq untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa.

Rumah yang diduduki oleh Pak Aq ini dikhabarkan bakal dirobohkan pada hari ini. Perkara ini telah dimaklum sendiri oleh AJK masjid setempat.

“Peringkat awal masih ada ahli keluarga yang enggan…”

“Terima kasih Ustaz Ebit Lew dan team…”

Walau bagaimanapun , dakwaan-dakwaan tersebut ditepis kembali oleh orang ramai dan menganggap pertolongan Ustaz Ebit Lew ini adalah satu rahmat buat keluarga Pak Aq untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa.

Rumah yang diduduki oleh Pak Aq ini dikhabarkan bakal dirobohkan pada hari ini. Perkara ini telah dimaklum sendiri oleh AJK masjid setempat.

“Terima kasih Ustaz Ebit Lew dan team…”

Sumber: Facebook.

Continue reading

Dituduh guna duit derma untuk bermewah, lelaki dedah pendapatan sebenar Ebit Lew

Teman Masak, Lipat Kain Dan Buka Pintu Kereta Pun Jatuh Cinta ...

Baru-baru ini nama pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew mula terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Tayang kereta mewah?

Sehinggakan, ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tuduhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Senang2 nak tuduh dia guna duit derma

Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

Ade golongan2 bodoh yg ckp ustaz ebit lew gunakan duit derma org ramai utk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi...

Posted by Yusran Yusof on Selasa, 21 April 2020

Pendapatan dari Youtube pun ribu2

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)…”

Banyak lagi sumber kewangan dia

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Sumber : Kami Sayang Tun Mahathir & Yusran Yusof

Continue reading

Siapa sebenarnya Dr. Noor Hisham: Wira Diiktiraf Pakar Perubatan Dunia

Noor Hisham shies away from being called a hero | Free Malaysia Today

Sebelum ini, rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID-19.

CGTN menyatakan ia ‘menobatkan’ Dr Noor Hisham sebagai doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebelum pandemik ini menyerang dunia, mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Ini biodata penuh, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Tempat Lahir: Sepang, Selangor

Wajah Jadi Perhatian Tatkala Covid-19, Kenali KP Kesihatan, Datuk ...

Anugerah:

  1. 5 April 2014 – Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
  2. 26 Ogos 2013 – Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N)
  3. 17 Mei 2013 – Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P)
  4. 17 Mei 2010 – Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P)
  5. 2 Jun 2007 – Panglima Jasa Negara (P.J.N)
  6. 5 Jun 2004 – Kesatria Mangku Negara (K.M.N)

Anugerah Lain:

  1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
  2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL

Kelulusan:

Medical Doctor M.D (UKM)  1988    

Master of Surgery M.S (UKM)  1994    

Royal 1.   Medical Doctor M.D (UKM)  1988    

Master of Surgery M.S (UKM)  1994    

Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery  1997    

Academy of Medicine Malaysia (A.M.)  1998    

Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M)  2004    

Advanced Management Program, Oxford Business School, UK  2008

Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery  1997    

Academy of Medicine Malaysia (A.M.)  1998    

Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M)  2004    

Advanced Management Program, Oxford Business School, UK  2008

Kenali Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah: Wira Kesihatan Malaysia ...

SPECIAL APPOINTMENT:

Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong       2008        

Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo 2010

British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010

23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan 2011

Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011

13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012

Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur 2012

General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania          2012

Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012

Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013

Pengalaman:

Ketua Pengarah Kesihatan 01.03.2013

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) 29.01.2008

Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya 16.08.2002

Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur 16.01.1998

Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998

Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia  1997

Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu 01.07.1994

Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur  1990-1994

Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur  02.10.1989

House Officer University Hospital Kuala Lumpur 01.08.1988

Sumber: Bernama, Ministry of Health

Continue reading

Dulu Pegawai Bank, Kini Pakar Buat Pelbagai Kek

Tiada Semangat Untuk Kerja! Dulu Pegawai Bank, Kini Pakar Buat ...

Siapa sangka seorang pegawai bank yang pernah berkhidmat di Bank Negara selama 27 tahun, beralih arah menghasilkan kek perkahwinan.

Zulkiflee Mawan meninggalkan kerjayanya sebagai Pengurus di Jabatan Pengurusan Risiko selepas hilang motivasi untuk terus bekerja dan meneruskan perjuangan hidup dengan membuat kek

Setelah lima tahun berkecimpung dalam bidang bakeri, beliau yang 56 tahun berjaya meraih jualan kek di antara RM40,000 dan RM60,000 sebulan.

Beliau tidak mempunyai semangat atau motivasi untuk terus bekerja selepas mengambil cuti selama empat tahun untuk menemani isteri saya belajar di United Kingdom.

Disebab perkara tersebut, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menjalankan perniagaan bakeri walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman membuat kek ketika itu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu mempelajari teknik penghasilan kek di beberapa buah negara termasuk daripada artis kek tersohor, Naomi Yamamoto.

Berkat kesungguhan mempelajari teknik kek perkahwinan, beliau berjaya membuka Kafe Banker2Baker di Wangsa Maju, Kuala Lumpur walaupun pada awalnya sukar untuk menjana pendapatan.

Zulkiflee juga pernah menerima tempahan untuk majlis berprestij daripada ahli politik terkemuka tanah air termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ulang tahun kelahiran beliau yang ke-92.

Sumber : Bernama

Continue reading

OKU ini jahit PPE dengan Kaki..

Image may contain: one or more people and people sitting

Belajar bagaimana untuk menggunakan mesin jahit bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi gadis berusia 32 tahun, Norfarrah Syahirah Shaari membuktikan  dia boleh melakukan tugas itu hanya dengan menggunakan kaki.

Dilahirkan tanpa kedua belah tangan, Norfarrah berkongsi video selama dua minit yang menunjukkan bagaimana dia mengendalikan mesin jahit menggunakan kakinya untuk menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kakitangan barisan hadapan di Hospital Teluk Intan dan klinik kesihatan Teluk Intan.

“Semangat nak menjahit baju PPE frontliner ni. Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk Intan yang semangat nak membantu.

“Semoga urusan kami dipermudahkan,” kata Pembantu Tadbir Kolej Komuniti Teluk Intan itu dalam hantaran di Facebook.

Menurut laporan Berita Harian, Norfarrah berkata beliau meminati bidang jahitan dan tidak berasa kekok menjahit dengan menggunakan kaki, malah turut menjahit baju untuk kegunaan sendiri sejak lapan tahun lalu.

“Ada juga bertanya macam mana saya masukkan benang dalam jarum dan menggunting kain. Sebenarnya sama saja seperti tukang jahit lain cuma saya guna kaki dan ini kelebihan yang Allah SWT beri pada saya.

Staf kelainan upaya KKTI yg juga IKON INSPIRASI KK Neg.Perak

Norfarrah Syahirah Shaari. Staff Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI) yg kelainan upaya yg turut gigih menjahit membantu projek CSR ini..Beliau juga adalah Ikon Inspirasi Kolej Komuniti Negeri Perak. Jika Syahirah pun boleh..siapalah kita untuk mengatakan tidak boleh???😍😍😍============CSR #DariKomunitiUntukKomunitimenjahit PPE utk Hospital Teluk Intan/Klinik Kesihatan Teluk Intan :📌10 sukarelawan team KKTI📌25 sukarelawan tukang jahit komuniti setempat (10km radius dari KKTI) jahit dari rumah masing2📌400 meter kain PPE📌252 pasang PPE isolation gown============

Posted by Nurul Aqmar Hassan on Sabtu, 11 April 2020

“Saya mengambil masa kira-kira sesaat saja untuk memasukkan benang dalam jarum tapi kalau benang bergumpal memang ambil masa lama sikit,” katanya.

Menurutnya, inisiatif #DariKomunitiUntukKomuniti itu dilakukannya bersama sembilan sukarelawan yang juga kakitangan KKTI melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan turut dibantu 25 tukang jahit di sekitar kolej berkenaan.

“Sebanyak 400 meter kain digunakan untuk menghasilkan 252 gaun isolasi. Kain dipotong di kolej dan rumah beberapa tukang jahit sebelum diagihkan kepada semua sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing sejak enam hari lalu.

“Saya menjahit lapan pasang PPE namun dua saja yang sudah siap kerana perlu membahagikan masa dengan kerja lain dan enam lagi akan disiapkan dalam minggu ini,” katanya.

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.