“COVID-19 Mungkin Berulang setiap tahun”

Menurut bekas setiausaha luar Britain, David Miliband, dunia bebas daripada wabak COVID-19 mungkin mengambil masa sedekad melainkan masyarakat antarabangsa melakukan pemvaksinan.
Miliband yang kini merupakan Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa berkata, beliau berasa bimbang tempoh tersebut boleh menjadi lima atau 10 tahun selagi tiada penemuan vaksin untuk pandemik itu.
Ini berikutan para saintis mendakwa COVID-19 tidak mungkin dapat dibasmi dan mungkin berulang setiap tahun seperti musim selesema.
Pakar China turut meramalkan yang sama sebagaimana peringatan oleh Ketua Pengawai Perubatan United Kingdom, Profesor Chris Whitty pada minggu lalu.
“Negara itu tidak mungkin kembali normal sehingga vaksin dapat dijumpai seperti yang diperlukan untuk selesema”, kata Profesor Whitty.
Sementara itu, penyelidik virus dan perubatan China memberitahu wartawan di Beijing bahawa virus berkenaan tidak mungkin hilang seperti SARS kerana ia dapat menjangkiti pembawanya yang tidak tahu mereka mempunyai gejala dan menjangkitinya secara senyap kepada orang lain.
Mereka berkata, pengawai kesihatan China masih mengesahkan puluhan pembawa asimtomatik dicatatkan setiap hari.
-Mstar
“COVID-19 mudah dijangkiti oleh Pesakit Kronik”

KUALA LUMPUR, April 29 — Lebih 70 peratus kes kematian COVID-19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit (NCD), kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng.
Beliau berkata risiko dijangkiti COVID-19 lebih tinggi pada orang yang lemah imunnya dan dalam keadaan kronik seperti masalah jantung dan paru-paru serta diabetes.
“Tekanan emosi, kurang tidur dan keletihan fizikal, boleh menjadikan seseorang itu mudah terkena penyakit berikutan imun yang lemah.
“Terdapatnya faktor risiko NCD seperti penggunaan tembakau, ketidakaktifan fizikal, diet tidak sihat dan penggunaan alkohol yang berbahaya semasa kanak-kanak dan remaja mempunyai kaitan yang signifikan dengan perkembangan penyakit pada masa dewasa,” kata beliau dalam kolumnya yang disiarkan di Bernama.com
NCD kini menjadi pembunuh utama di dunia dan menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (https://www.who.int/gho/ncd/mortality_morbidity/en/), daripada 56.9 juta kematian global pada 2016, sebanyak 40.5 juta atau 71 peratus disebabkan oleh NCD.
Dr Lee berkata selain menjaga diet yang sihat dengan makanan yang meningkatkan imuniti dapat membantu melawan jangkitan, aktiviti fizikal serta pemakanan juga boleh meningkatkan sistem imun.
Beliau memetik garis panduan WHO pada 2010 (https://www.who.int/dietphysicalactivity/factsheet_adults/en/), yang menyatakan seorang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu aktiviti fizikal (PA) aerobik intensiti sederhana atau 75 minit setiap minggu PA aerobik intensiti tinggi atau gabungan setara PA intensiti sederhana dan tinggi.
“Malaysia mempunyai 36.9 peratus orang dewasa yang tidak aktif secara fizikal. Tahap tidak aktifnya lebih tinggi dalam kalangan wanita (50 peratus) berbanding lelaki (24.7 peratus),” katanya.
Mengenai pengambilan makanan, beliau berkata makanan yang kaya dengan Vitamin C, D, dan E dapat meningkatkan sistem imun badan melalui peningkatan sel-sel yang melawan jangkitan.
“Antioksidan dalam Vitamin C dan E berperanan penting dalam mengawal jangkitan dan fungsi sistem imun badan. Juga, menjaga tubuh agar tetap terhidrasi dan tidur yang cukup dapat membantu dalam membendung penyakit ini. Namun, perlu diingat bahawa apa yang berfungsi dalam memerangi COVID-19 itu sendiri masih belum diketahui,” katanya.
Dalam catatannya, Dr Lee turut mengetengahkan kajian oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China yang membuat kesimpulan bahawa orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19 (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/people-at-higher-risk.html).
Beliau berkata di Itali, hampir satu perempat (23 peratus) rakyat negara itu berusia lebih 65 tahun, dengan ramai daripada mereka berpenyakit seperti hipertensi dan masalah pernafasan yang menyebabkan mereka dijangkiti COVID-19.
Analisis kes COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan kadar kes kematian (CFR) tertinggi pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, yang menunjukkan risiko penyakit dan kematian.
Katanya, berdasarkan laporan Misi Bersama WHO-China mengenai Penyakit Coronavirus 2019, individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dengan mempunyai satu atau lebih penyakit lain seperti hipertensi, diabetes, penyakit kardiovaskular serta penyakit pernafasan kronik.
Sementara itu, satu kajian mengenai pesakit COVID-19 yang dirawat di Wuhan mendapati hampir separuh daripada kes (48 peratus) menderita akibat penyakit kronik. Daripada jumlah kes tersebut, 30 peratus menghidap hipertensi, diikuti oleh diabetes (19 peratus) dan penyakit jantung koronari (lapan peratus).
— BERNAMA
Cara Mengelakkan Sakit Ulu Hati ketika Puasa !

Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah. Kalau korang nak tahu, berpuasa mampu membuatkan seseorang lebih sihat dan kuat.
Namun begitu, bagi sesetengah individu berpuasa akan menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan mengalami rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati. Menerusi Facebook Dr Zubaidi, beliau berkongsi cara untuk mengurangkan rasa sakit ulu hati ketika berpuasa. Jom baca!
CARA MENGATASI
Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa. Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah beranggapan ia hanya masalah ‘gastrik” saja. Ia mungkin masalah yang lebih serius. Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, korang dinasihatkan memeriksa pola pemakanan.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
Mengamalkan gaya hidup sihat

5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.

6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
8. Ambil ubat untuk meredakan sakit ulu hati. Ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah ubat seperti:
a) Antasid : Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.
b) Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs) : Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.
c) Penghalang Pump Proton (PPI) : berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.
Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, korang dicadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.
Sumber: Dr Zubaidi
- 1
- 2