Captain Marvel 2 bakal perkenalkan barisan baru Avengers

Captain Marvel 2 Rumored To Set Up the Story of New Avengers Movie ...

Beberapa minggu yang lalu, Marvel Studios telah mengumumkan tarikh rasmi Captain Marvel 2 yang akan ditayangkan pada Julai 2022.

Para peminat setia membuat andaian bahawa Jalan cerita untuk filem Captain Marvel 2 akan mengambil jalan cerita Secret Invasion, jalan cerita yang ketika ini digunakan untuk Siri Disney+. Paling menarik apabila dikhabarkan pasukan Avengers serba baharu akan diperkenalkan dalam Captain Marvel nanti.

Dalam versi komik, pasukan New Avengers merangkumi ahli-ahli baharu yang berbeza dengan rotasi Avengers sedia ada. Antara adiwira yang ada dalam pasukan New Avengers adalah Captain America, Iron Man, Wolverine, Spider-Man, Luke Cage dan ramai lagi.

Sekiranya jalan cerita Secret Invasion diambil, Captian Marvel 2 adalah platform terbaik untuk menyelit satu atau dua watak dari siri X-Men, sebagai permulaan Marvel untuk memperkenalkan X-Men dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Tetapi ia tidak bermakna filem baharu Avengers akan muncul dalam masa terdekat. Mereka mahu built up watak baharu Marvel terlebih dahulu sebelum hadir dengan projek mega bagi manggabungkan para Avengers sedia ada dengan watak-watak baharu.

Captain Marvel 2 akan jadi tiitk permulaan Avengers seperti mana Captain America: Civil War menjadi titik mula Avengers: Infinity War sebelum ini. Mungkinkah Brie Larson yang akan menjadi ketua menggantikan Tony Stark?

Sama ada benar atau pun tidak, kita tunggu dan lihat sendiri Captain Marvel pada Julai 2022 nanti.

Continue reading

Trailer Pertama filem Zombie terbaru Train To Busan: Peninsula

Train to Busan' sequel 'Peninsula' confirms summer release

Trailer Pertama filem Zombie terbaru Train To Busan: Peninsula
Seperti yang korang sedia maklum, buat yang ternanti-nantikan filem sekuel Train to Busan: Peninsula akan tak sabar. Bukan apa, selepas perkhabaran filem itu akan ditayangkan pada tahun ini, trailernya kini telah dikongsikan.

Pastinya dalam filem sekuel ini kita akan dapat melihat aksi dan survival skill serta mungkin akan bermain dengan emosi anda. Tidak banyak yang boleh diperkatakan melalui trailer pertama ini. Nantikan kemunculan filem ini dipawagam tidak lama lagi.

Previous
Next

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.