Resepi Kuih Semperit warna warni

Warna-Warni Di Hari Raya! Jom Cuba Resepi Kuih Semperit Ini, Hanya ...

Kuih muih dan biskut raya merupakan salah satu hidangan ‘wajib’ yang disediakan setiap kali menjelangnya Syawal. Antara jenis kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih semperit, cornflakes madu, tart nanas dan sebagainya.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Shafida Azlin ada berkongsi satu resepi kuih semperit yang berbeza daripada kebiasaannya. Pelbagai warna dalam sebiji kuih sememangnya mampu membangkitkan selera orang ramai terutamanya kanak-kanak. Menarik kan?

BAHAN BAHAN

Semperit 3 bahan. Simple dan semua boleh buat.
-100gram butter
-100ml susu pekat/susu tin (siapa suka manis, boleh tambah sikit lagi)
-250gram tepung jagung

CARA- CARANYA

1. Mula-mula ambil buttercup 100gram (kan dah siap sukatan tu). Just potong dekat line yang kita nak (50gramx2).

2. Masukkan susu pekat 100ml

3. Masukkan butter tadi dan kacau sebati.

4. Kacau sebatu, tapi jangan lama-lama tau, Sampai jadi macam ni je. Nak elakkan adunan kembang waktu bakar nanti.

5. Masukkan tepung jagung dan uli sebati

6. Uli sampai aduna jadi seperti dalam gambar.

7. Bahagi kepada 3 bahagian kalau inginkan warna semperit seperti dalam gambar. Saya pakai acuan piping icing sebab tak ada acuan semperit pecah 15.

8. Buat seperti dalam gambar sebelum masukkan adunan ke dalam acuan.

Kejadian sebelum bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius dalam masa 20 minit.

Dah siap!

Sumber: Shafida Azlin

Continue reading

Resepi Popia Simpul Crispy mudah dan sedap !

Resepi Kudapan Popia Simpul Kasih, Rangup & Confirm Sedap!

Popia simpul atau lebih sinonim dengan panggilan popia simpul kasih merupakan salah satu hidangan kuih dan kudapan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Selain rasanya yang rangup dan sedap, simpul kasih ini juga mudah didapati.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Linda Shizzo ada berkongsi resepi inti popia simpul kasih ini dengan menggunakan ikan bilis dan udang kering. Haa korang boleh lah cuba untuk kudapan seisi keluarga.

BAHAN BAHAN

Kali ini saya kongsikan resepi inti popia ini guna ikan bilis dan udang kering. Ada orang guna isi ikan pun boleh tapi saya lagi suka guna ikan bilis dan udang kering sebab lebih cepat kering semasa proses memasak.

-200 gram ikan bilis yang sudah dikupas dan dibersihkan
-100 gram udang kering
-1 paket kecil serbuk cili
-1 cawan gula
-1/2 cawan air

CARA BUAT INTI

https://spacerent.my/

1. Ikan bilis dan udang kering perlu dibasuh dan dikeringkan.
2. Kemudian apabila sudah kering, blend ikan bilis dan udang kering menggunakan blender kering/tanpa air

3. Masukkan gula dan 1 cawan air (kena pandai sukat air dan gula. Jika tak nak manis, kurangkan gula. Air pula jangan terlebih nanti inti lambat kering)

4. Apabila sudah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang sudah diblend tadi.
5. Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding.

6. Biarkan inti semalaman untuk jadikan inti itu betul-betul kering dan berderai supaya tidak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.

LANGKAH UNTUK KULIT POPIA

Untuk kulit popia, potong kulit seperto dalam gambar iaitu secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan menyebabkan ia susah untuk pintal.

Untuk kulit popia, potong kulit seperti dalam gambar iaitu secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan menyebabkan ia susah untuk pintal.

DAH SIAP !

Sumber: Linda Shizzo

Continue reading

IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat yang VIRAL tu

ikeaballscc

IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat Yang Pasti Buat Anda Teruja

Tidak lengkap jika berkunjung ke IKEA tanpa nikmati pelbagai menu yang lazat di restorannya. Walaupun banyak menu, tetapi Swedish Meatballs merupakan menu wajib cuba apabila ke restoran IKEA.

Semestinya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyukarkan anda yang berada jauh daripada IKEA untuk menikmati hidangan lazat Swedish Meatballs.

1

Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dan nikmati ia tanpa perlu pergi ke IKEA untuk melepaskan rindu terhadap hidangan tersebut. Terbaharu, cawangan IKEA di United Kingdom (UK) berkongsi resipi rahsia Swedish Meatballs kegemaran ramai.

Anda hanya perlukan 6 langkah penyediaan untuk membuat Swedish Meatballs anda sendiri di rumah. Nampak mudah, bukan? Menerusi perkongsian tersebut, daging khinzir digunakan, tetapi bagi yang beragama Islam bolehlah tukarkan kepada daging lembu dan daging ayam. Ayuh ikuti resipi yang dikongsikan di bawah ini.

bahan

Cara penyediaan:

ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-05
ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-06
ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-07
ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-08
ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-09
ikea-meatballs-recipe-stay-at-home-10

Tunggu apa lagi? Anda pun boleh buat sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga yang pastinya sedap dan jimat.

Continue reading

Resipi Kuey Teaw Sup Thailand untuk PKP

Foto di abang karim kuey teow sup thai - Restoran Thailand

Perkongsian resepi Lynda Nazri ini cukup mudah dan ringkas, namun memikat selera. Membangkitkan selera lebih-lebih lagi waktu hujan atau sedang demam dimasa PKP ni.

Bahan Kuah :
1 ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam – tumbuk
Lada sulah
1 labu Bawang putih
Akar ketumbar
1 ketul Kiub ayam

Bahan hiasan :
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh – celur
Kangkung / Sawi – Celur
Kacang tumbuk – pilihan
Lobak masin – Celur
Ayam/daging/perut – Diracik halus
Serbuk cili kisar (Sy buat sendiri)
Cili jeruk
Daun ketumbar

Cara :
1. Didihkan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah, lada hitam yang sudah di tumbuk halus.
2. Sementara tunggu mendidih, tumiskan bawang putih yang sudah dikisar tadi sehingga kekuningan dan terus masukkan ke dalam kuah.
3. Perasakan garam, aji dan gula sedikit.
4. Tunggu sehingga ayam lembut, keluarkan ayam bahagian isi untuk diracik.
5. Kemudian hidangkan bersama bahan hiasan tadi.

Resepi Kuey Teow Sup Thailand Paling Beraroma | Iluminasi

Selamat mencuba!

Previous
Next

Continue reading

Resipi buat Roti yang sedap dan gebu yang korang kene cuba..

Image may contain: food

Sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan akibat penularan wabak Covid-19 ni ramai Netizen mengeluh bila stok roti Gardenia sering habis di pasaran sehinggakan kisah tentang stok roti Gardenia ini VIRAL di Media Social.

Kalau dah asyik susah je nak dapatkan roti tu, apa kata korang cuba buat sendiri roti di rumah, dengan menggunakan resepi roti ini yang pastinya sedap dan gebu. Yang paling penting, modalnya hanya serendah RM5 sahaja.

Hasil dari pencarian kami, baru-baru ni viral mengenai resepi pembuatan Roti oleh seorang pengguna Facebook, Azlina Ina sharingnya mendapat komen yang bagus dan viral sebanyak 2K share

Berikut kami nak kongsikan Resipi membuat Roti oelh Azlina Ina :

Asalamualaikum anak2 mak satu malaysia..Yg dinanti2..Sebab mak tgk terlalu ramai cari roti😝anak2 paksa mak bg resepi...

Posted by Azlina Ina Fans on Selasa, 24 Mac 2020

Bahan-bahan membuat pelembut doh:

  • Tepung gandum – 2 sudu besar
  • 1 cawan air

Cara-cara membuat doh:

  1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
  2. Kemudian masak sehingga menjadi likat dan siap.

Bahan-bahan membuat yis:

  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

  1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
  2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan-bahan adunan roti:

  1. 1 kg tepung
  2. 1 biji telur
  3. 3 sudu besar majerin atau butter
  4. 3 sudu besar pelembut doh
  5. Sedikit garam halus
  6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  8. 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti:

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.
  3. Selepas itu, uli-uli sedikit.
  4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembik sedikit.
  5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.
  6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
  7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.
  8. Kemudian, tumbuk doh tadi untuk buang angin dalam doh.
  9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
  10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan 100 darjah selama 30 minit.
  11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
  12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.
  13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudah masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.

Siap dan selamat mencuba

Previous
Next

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.