PENTING! Jenis & Fungsi Oven Yang Ramai Tak Tahu

Fiza Nordin: Oven - Nak Minta Pendapat Korang...

Tujuan Admin berkongsi tip semua ini adalah kerana ingin membantu anda yg keliru dan tidak tahu fungsi peralatan elektrik yang digunakan dalam membaking @ cooking. Sebelum ini Admin pernah kongsikan tentang struktur penghasilan kek, peralatan bakery dan bahan-bahan bakery yang banyak digunakan. Hari ini tentang ketuhar pula.

Secara lazimnya, resepi terdapat di mana-mana sahaja yang penting kita harus belajar seni dan selok-belok membuat kuih dan juga mendapatkan tips yang penting. Admin harap dengan tip dan panduan yang Admin kongsikan ini secara tidak langsung anda dapat “belajar” tentang selok belok peralatan bakery yang ada di rumah anda.

Ok..ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KETUHAR. Hari ini Admin kongsikan tip dan jenis-jenis ketuhar yang berbeza.
Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.

📟 JENIS–JENIS KETUHAR 📟
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di dalam proses membuat kek, cookies,pastry dan roti, bukan sahaja kemahiran yang di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting.
S : Ketuhar apakah yang sesuai untuk di gunakan?
S: Adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastry?
Jom kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.

📟 KETUHAR JENIS BINA DALAM (Built in Oven)
**********************************
✔Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking).
✔Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.

Oven Fan - Buy Oven Fan,Oven Turbo Fan,Oven Fan Motor Product on ...

📟 KETUHAR YG ADA KIPAS (Oven with Fan)
*****************************
✔Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.
💡Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).
💡Tetapi jika kita tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika kita kurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika kita menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

📟KETUHAR MICROWAVE (Microwave Oven)
***************************
✔Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
💡Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).

FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*
– Apakah kelainan fungsi-fungsi yang terdapat di ketuhar?
– Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kuih?
Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini.
👉Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :

TOP and BOTTOM Heat
•••••••••••••••••••••••••••••••
🔥Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.

TOP HEAT Only
•••••••••••••••••••••
🔥Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

BOTTOM HEAT ONLY
••••••••••••••••••••••••••••
🔥Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

GRILL
••••••••
🔥Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.

STEAM INJECTION
•••••••••••••••••••••••••
🔥Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.

SUHU (Temperature)
••••••••
🔥Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Semoga dengan tip yang Admin kongsikan ini anda telah mendapat ilmu yang baru untuk manfaat anda.

Sumber: Koleksi Resepi-Resepi Unik Dan Kreatif (FB) 

Continue reading

Dari miskin hingga menjadi jutawan. Kisah Pengasas Whatsapp.

Jan Koum, Mantan Gelandangan Sang Penemu WhatsApp - Teknologi.id

Siapa sangka pemuda yang hidup susah papa kedana sebelum ini mampu mengubah kehidupanya menjadi antara manusia terkaya di dunia. Ia adalah pengasas Whatsapp Jan Koum.

Sejarah hidup Jan Koum, pengasas WhatsApp ini tidak seperti tokoh teknologi yang lain seperti Mark Zuckerberg (anak kepada pasangan doktor gigi), Bill Gates (secara teknikalnya adalah seorang jutawan sebelum beliau membina Microsoft pada tahun 1975), dan Larry Page pengasas Google (anak kepada professor).

Jan Koum dibesarkan di Ukraine, bayangkan rumahnya semasa itu tiada pemanas air. Malah ibubapanya juga jarang menggunakan telefon kerana takut perbualan mereka dipintas oleh pihak kerajaan. Sebab itu Koum lebih mementingkan perlindungan maklumat peribadi dalam aplikasi WhatsApp.

 Lebih menyedihkan ketika Koum berusia 16 tahun, keluarganya terpaksa berpindah ke Mountain View. Tinggal disebuah apartment kecil yang cuma ada dua bilik. Sebelum sempat berpindah, ayah Koum telah meninggal dunia pada tahun 1997.

 Bagi menampung kos sara hidup, emak Koum telah bekerja sebagai pengasuh bayi, manakala Koum pula turut membantu dengan bekerja sebagai tukang cucui disebuah pasaraya.

 Kisah duka Koum tidak habis disitu, emaknya pula disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada tahun 2000.

 Dalam usia 18 tahun Koum telah mula belajar tentng komputer dengan membeli buku-buku berkaitan komputer di kedai buku terpakai.

 Beliau juga pernah menyertai kumpulan hacker ‘Woowoo’, serta pernah mencuri masuk server Silicon Graphics. Beliau juga kerap berbual dengan Sean Fanning, pengasas Napster di chat IRC.

 Koum kemudian itu melanjutkan pelajarannya di Universiti San Jose, dan bekerja sambilan sebagai penguji keselamatan di Earnt & Young, di sinilah Koum telah bertemu dengan Brian Acton (co-fuonder WhatsApp).

 Enam bulan selepas itu Koum bekerja pula di Yahoo sebagai jurutera infrastruktur, dan beliau masih lagi belajar di universiti. 

 Namum dia tidak dapat memberikan komitmen yang penuh untuk bekerja dalam masa yang sama masih belajar. Koum telah membuat keputusan untuk berhenti belajar dan pengajiannya tidak habis.

 Selama 9 tahun Koum dan Acton bekerja di Yahoo sehingga pada tahun 2007, Koum dan Acton telah berhenti kerja di Yahoo. Mereka sebenarnya merasa bosan dengan projek Panama, projek ini sebenarnya adalah satu platform pengiklanan di Yahoo. Dengan bekalan $ 400,000 wang simpanan di bank, mereka telah mengembara ke Amerika Selatan.

Lahirnya WhatsApp

Whatsapp Icon Logo Vector (.AI) Free Download

 Sebenarnya selepas 2 tahun mereka meninggalkan Yahoo, kehidupan mereka tidak berkembang. Namum dalam tahun 2009 telah membuka lembaran baru buat Koum apabila mual terfikir untuk mencipta aplikasi WhatsApp.

 Idea untuk mencipta WhatsApp sebenarnya adalah akibat daripada Koum yang rasa bosan dengan aplikai Skype kerana sering beliau terlupa password. Jadi bagi mengatasi masalah itu Koum mula terfikir untuk mencipta satu aplikasi yang hanya memerlukan nombor telefon sebagai ID penggunanya.

 Koum telah mendapatkan khidmat Igor Solomennikov (seorang pembangun aplikasi di RentACoder.com) untuk menghasilkan aplikasi WhatsApp.

 Koum dengan pantas telah mendaftarkan syarikat WhatsApp Inc di California, bersamaan dengan tarikh lahir pada 24 Februari 2009. Sebenarnya semasa pendaftaran ini aplikasi WhatsApp masih beum dicipta lagi.

 Pada awalnya aplikasi WhatsApp tidak begitu menjadi dan seringkali tersekat-sekat dan ‘hang’. Koum mula rasa kecewa dan terfikir untuk mula mencari kerja semula.

 Selepas Koum menghubungi kawannya Acton yang ketika itu baru sahaja ditolak oleh Facebook dalam usahanya beliau mendapatkan pekerjaan. Koum mula menceritakan berkenaan ideanya membina aplikasi WhatsApp. Idea itu telah diterima baik oleh Acton.

jan koum dan brian action pengasas whatsapp inc

 Koum dan Acton mulakan memperbaiki aplikasi WhatsApp. Mereka telah menyewa sebuah sudut kecil untuk dijadikan pejabat yang mana disitulah juga adanya pejabat Evernote.

 Pada Oktober 2009, Acton telah berjaya menarik 5 orang rakannya bekas pekerja Yahoo untuk melabur dalam projek mereka, dengan jumlah pelaburan $250,000.

 Hasil titik peluh mereka mula membuahkan hasil pada awal tahun 2010, apabila mampu menjana keuntungan $5000 sebulan dengan stabil. pada masa itu aplikasi WhatsApp banyak digunakan oleh pengguna iPhone yang menggunakan WhatsApp untuk menghubungi pengguna Blackberry.

 Pada tahun 2011, aplikasi WhatsApp terus berkembang apabila berjaya menjadi popular dan menduduki carta top 20 di App Store. Pada masa ini mereka tetap tidak mahu masukkan iklan dalam aplikasi WhatsApp.

 Kejayaan WhatsApp diteruskan lagi apabila menarik minat Sequioa untuk melabur sebanyak $8 juta. Dua tahun berselang, kedudukan WhatsApp semakin kukuh, Sequioa telah menambah lagi perlaburan mereka meningkat kepada $50 Juta. dan telah membuatkan aplikasi WhatsApp bernilai $1.5 Billion.

 Kini Koum dan Acton telah menjadi kaya raya selepas Facebook bersetuju untuk membeli WhasApp dengan nilai $19 Billion.

jan koum dan brian acton pengasa bersama whatsapp 296
Previous
Next

Continue reading

Tahukah anda siapakah orang di sebalik aplikasi TikTok.

Who Owns TikTok and How Does It Make Money? | Money

Tahukah anda siapakah orang di sebalik aplikasi TikTok yang menjadi fenomena dalam kalangan remaja? TikTok dimiliki oleh syarikat baru yang berpengakalan di Beijing, Bytedance.

Bytedance dimiliki oleh Zhang Yiming,36, seorang pakar teknologi yang mahu menjadi perintis dalam projek kecerdasan buatan (AI).

Aplikasi TikTok memaparkan klip video berdurasi 15 hingga 60 saat menampilkan segala-galanya dari tutorial mewarna rambut sehingga kepada rutin tarian dan jenaka tentang kehidupan seharian.

Sejak dilancarkan pada 2017, TikTok telah dimuat turun lebih daripada 1.5 bilion kali, menurut agensi penyelidikan yang berpusat di AS Sensor Tower. Ia mempunyai ramai pengguna di India, Amerika Syarikat, Indonesia dan di tempat lain.

Tetapi kebangkitannya telah menimbulkan ketakutan dan bulan lalu dua senator AS kanan menyeru agar kerajaan mengkaji semula aplikasi itu, dengan mengatakan ia boleh mendedahkan pengguna kepada pengintip dari Beijing.

Bytedance, yang diasaskan oleh Zhang pada tahun 2012, menggunakan kecerdasan buatan untuk menentukan maklumat suapan berdasarkan minat pengguna.

TikTok adalah aplikasi luar negara yang paling popular oleh Bytedance, manakala produk lain di China dan luar negara termasuk agregator berita dan alat produktiviti.

Dengan kejayaan aplikasinya, Zhang yang dulunya seorang programmer, kini berada dalam senarai kelab jutawan China.

Pada tahun 2019, beliau telah disenaraikan dalam 20 Senarai Rich China Hurun dengan kekayaan $13.5 bilion, menandingi lebih banyak ahli perniagaan teknologi tinggi seperti pengasas gergasi pencarian Baidu.

Kejayaan Zhang didorong oleh pengambilalihan aplikasi video Musical.ly pada tahun 2017 dan kemudian digabungkan dengan TikTok, dalam kesepakatan yang dilaporkan bernilai $1 bilion.

Teknologi Beri Peluang

Liu Xingliang, dekan pusat penyelidikan DCCI, memberitahu AFP bahawa Zhang mewakili gelombang usahawan baru yang berbeza dengan taikun China yang paling terkenal, Jack Ma.

Zhang “lebih seperti seorang Pony Ma muda,” kata Liu, membandingkan Zhang kepada pengasas bersama Tencent gergasi internet China yang berusia 48 tahun.

Ini kerana Zhang “pernah menjadi seorang programmer, memberi perhatian lebih kepada produk, dan mengetahui teknologi dengan baik,” katanya.

Bytedance juga mengendalikan TikTok versi China yang dipanggil Douyin. Ia adalah aplikasi video pendek di China dengan lebih daripada 400 juta pengguna aktif bulanan, menurut iResearch.

Douyin yang dilancarkan pada 2016, menarik pengguna dengan membawa selebriti terkenal seperti pelakon dan penyanyi China Kris Wu.

Tetapi produk pertama Bytedance adalah aplikasi agregasi berita China yang sangat popular, Jinri Toutiao yang turut menggunakan AI.

Selain TikTok, Bytedance juga menjalankan TopBuzz di Amerika Syarikat, sebuah aplikasi pengumpulan berita bahasa Inggeris yang dilaporkan cuba dijual pada bulan September.

Pada tahun 2016 ia menjadi pemegang kepentingan yang mengawal BaBe, aplikasi berita Indonesia dengan lebih daripada 30 juta muat turun sejak dilancarkan pada bulan Oktober 2013.

Aplikasi produktiviti dan Slack-competitor Lark adalah produk terbaru Bytedance, yang mempunyai fungsi penyimpanan awan, sembang dan kalendar.

Dan menurut laporan baru-baru ini, syarikat itu juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan streaming muzik sendiri untuk bersaing dengan model langganan seperti Spotify dan Apple.

Cabaran sekatan kandungan

Di tanah besar China, Bytedance menggunakan ribuan penapis untuk meneliti kandungan yang tidak sesuai di dalam platform domestiknya dengan kos yang besar kepada syarikat.

Ia dilaporkan mengupah 2,000 sensor pada Januari 2018 selepas Beijing menuduh aplikasi pengumpulan beritanya “menyebarkan maklumat lucah”.

Ia kemudian berjanji untuk meningkatkan kakitangan penapisan dalamannya kepada 10,000 selepas dihalang sementara oleh kerajaan. Tapisan adalah perkara biasa di China di mana internet dikawal ketat.

Akan tetapi, TikTok turut menghadapi cabaran global di mana ia disekat di Bangladesh dan diharamkan oleh mahkamah India secara sementara atas tuntutan mempromosikan pornografi di kalangan kanak-kanak.

Ia juga didenda di Amerika Syarikat kerana mengumpul maklumat secara haram dari kanak-kanak.

TikTok telah cuba menjauhkan diri dari China, mengatakan pada bulan Oktober bahawa ia “tidak dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing, termasuk kerajaan China.”

Tetapi senator AS telah memberi amaran bahawa pemilik TikTok, ByteDance boleh dipaksa untuk berkongsi maklumat pengguna oleh perisikan China dan juga dapat digunakan untuk mempengaruhi pemilihan AS yang akan datang.

Previous
Next

Continue reading

HUAWEI P40 Series baru memang GEMPAK

huawei p40 kv back

Semalam Huawei baru melancarkan telefon mudah alih Huawei P40 Series yang gempak! melalui atas talian.

Apa yang pasti sebagai pengemar product Huawei korang mesti TERUJA gilerrr dengan pelancaran telefon pintar canggih ini.

Jom lihat video penerangan Huawei P40 Series

Akan tetapi series terbaru Huawei P40 yang baru dilancarkan ini hanya boleh dibeli secara atas talian melalui Pra Tempah.

Pra-Tempah sekarang dan nikmati pelbagai tawaran ekslusif!
BM-P40-Pre-order-KV

Bermula 3 April 2020 sehingga 10 April 2020 ni, anda dah boleh buat Pra-Tempahan untuk siri HUAWEI P40, MatePad Pro edisi Wifi serta HUAWEI Watch GT 2e dan penghantaran akan bermula dari 11 April 2020 ini.

Bukan itu sahaja, bagi pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro pula, anda juga layak mendapat ganjaran ahli bernilai sehingga RM2381! Jom cepat-cepat buat tempahan anda dan rebut hadiah Pra-Tempah yang bernilai lebih dari RM1300! 

Tapi, hanya buat tempahan di bawah platform yang disyorkan oleh HUAWEI Malaysia sahaja.

Kedai dalam talian HUAWEI

Lazada

huawei p40 design touch and feel
huawei p40 ice white colour back

Previous
Next

Continue reading

MacBook Air bagi versi 2020

MacBook Air (2020) top features and impressions - 9to5Mac

APPLE baru-baru ini melancarkan siri terbaharu bagi generasi MacBook Air bagi versi 2020 yang menawarkan spesifikasi terkini dengan padanan pemproses Intel Core generasi kesepuluh.

MacBook Air versi terbaharu itu juga menawarkan rekaan ‘Magic Keyboard’ yang sesuai untuk semua lapisan pengguna termasuk kapasiti storan dua kali ganda berbanding generasi terdahulu.

Storan permulaan untuk peranti berkenaan bermula pada 256GB yang membolehkan pengguna menyimpan sebarang bentuk fail dan versi itu juga didatangkan dengan 13 inci paparan skrin Retina.

Apple juga menggunakan sistem keselamatan kekunci miliknya iaitu ‘Touch ID’ untuk memudahkan pengguna log masuk ke sistem peranti tanpa memasukkan kata laluan.

Menyentuh aspek spesifikasi peranti itu, skrin paparan dilengkapi dengan teknologi Retina dengan ‘True Tone’ di samping padanan memori (RAM) untuk dua versi berbeza iaitu 8GB dan 16GB DDR4.

Unit pemproses grafik pula menggunakan integrasi Intel Iris Plus dan jumlah storan bermula 256GB sehingga 2TB SSD.

Apple kali ini bijak melakukan padanan pemproses apabila menawarkan cip teras kuad untuk pertama kali bagi siri berkenaan dan sudah pasti ia menawarkan lebih kuasa prestasi untuk melancarkan sebarang perisian.

Prestasi pemproses pula ditawarkan untuk Intel Core generasi kesepuluh dengan frekuensi 1.2GHz teras kuad Core i7 dengan teknologi ‘Turbo Boost’ sehingga 3.8GHz.

Peranti versi 2020 ini menawarkan prestasi dua kali ganda berbanding generasi terdahulu dan ia sesuai untuk kegunaan masa kini dan sesuai untuk semua tugasan produktiviti.

Sistem operasi peranti ini akan menggunakan macOS Catalina iaitu sistem terkini milik Apple.

Apple meletakkan tanda harga bermula RM4,399 untuk model dengan cip Intel Core i3 dan RM5,599 untuk model dengan cip Intel Core i5.

Spesifikasi Pemproses : Intel Core Generasi 10 i3 / i5 / i7GPU : Sistem grafik integrasi Intel Iris PlusRAM : 8GB / 16GB LPDDR4X (3,733MHz)Storan : 256GB – 2TB SSDPaparan : 13 inci Paparan Retina dengan True Tone

Previous
Next

Continue reading

iPhone 9 munkin dilancarkan bulan ini

Apple to introduce iPhone 9 version with a 5.5” screen - GSMArena ...

Sebelum ini ada khabar angin menyatakan iPhone 9 atau iPhone SE 2 mungkin diumumkan sekitar pertengahan bulan lalu. Tapi sehingga kini ia tidak muncul-muncul juga. Namun berdasarkan perkhabaran terbaru yang diungkap daripada Twitter, 15 April mungkin tarikh rasmi peranti tersebut dilancarkan.

Melalui ciapan @jon_prosser, mesyuarat dalaman Apple dan bersedia untuk memperlihatkan iPhone 9 secara rasmi pada pertengahan bulan ini. Disamping itu pemasarannya akan dibuat seminggu selepas acara pelancaran iaitu 22 April.

Selain itu, ciapan tersebut menjelaskan bahawa seluruh dunia sedang mengalami pandemik Covid-19 dan sebarang perubahan mungkin berlaku disebabkannya.

Sebelum ini ada khabar angin menyatakan iPhone 9 atau iPhone SE 2 mungkin diumumkan sekitar pertengahan bulan lalu. Tapi sehingga kini ia tidak muncul-muncul juga. Namun berdasarkan perkhabaran terbaru yang diungkap daripada Twitter, 15 April mungkin tarikh rasmi peranti tersebut dilancarkan.

Melalui ciapan @jon_prosser, mesyuarat dalaman Apple dan bersedia untuk memperlihatkan iPhone 9 secara rasmi pada pertengahan bulan ini. Disamping itu pemasarannya akan dibuat seminggu selepas acara pelancaran iaitu 22 April.

Selain itu, ciapan tersebut menjelaskan bahawa seluruh dunia sedang mengalami pandemik Covid-19 dan sebarang perubahan mungkin berlaku disebabkannya.

IKLAN

Terdahulu, edisi seterusnya yang disebut-sebut sebagai iPhone 12 mungkin ditunda pelancarannya. Kebiasaannya, Apple akan mengadakan acara pengenalan peranti baru sekitar September namun diatas kebimbangan Covid-19, mereka masih memantau perkara tersebut.

IKLAN

Previous
Next

Continue reading

JOM tebus Internet PERCUMA dekat MAXIS

Maxis: Refer to MCMC regarding site obstructions | Malaysia ...

Menerusi perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan internet percuma untuk semua bermula 1 April ini. Berdasarkan pengumuman tersebut, internet percuma 1GB sehari akan diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM600 juta bagi pemberian internet percuma yang juga merupakan kerjasama antara syarikat-syarikat telekomunikasi. Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Maxis, pas harian 1GB akan diberi untuk kegunaan dari 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April ini.

 

Dengan menggunakan aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz atau Hotlink Flex, anda boleh menebus internet percuma ini dengan cara, tekan pada “Get More Data” dan pilih “FREE 1GB/Day Pass” pada bahagian “Time Based Pass”.

Seterusnya, bagi pengguna aplikasi Hotlink Red, hanya perlu tekan pada “Homepage Banner” dan pilih “FREE 1GB/Day Pass” untuk menebus internet percuma ini. Pas ini juga boleh ditebus melalui tab “Shop”.

 

Perlu diingatkan, pas ini tidak diberikan secara automatik yang bermaksud anda perlu menebus secara harian melalui saluran yang disebutkan sebelum ini. Anda juga boleh menebus pada bila-bila masa dimana ia terhad kepada sekali penebusan untuk setiap hari, namun penggunaan pas ini hanya sah dari 8 pagi hingga 6 petang sahaja.

Tawaran ini tersedia bagi semua pelanggan Maxis Postpaid (Pelan Pengguna dan Perniagaan) serta pelanggan Hotlink Postpaid dan Prepaid. Ia tidak tersedia kepada pelanggan MaxisONE Prime kerana telah sedia ada menerima perkhidmatan internet tanpa had.

Terdahulu, Maxis juga menawarkan internet percuma 3GB kepada semua pengguna Maxis, Maxis Business dan Hotlink Postpaid. Untuk menebus, anda perlu membuka aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz atau Hotlink Flex dan pilih pada banner “FREE 3GB pass”.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang Maxis.

Previous
Next

Continue reading

Buah Durian Berupaya Mengecas Telefon Sepantas Kilat

6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Ditipu Penjual

Di Asia, durian mungkin terkenal sebagai raja segala buah, tetapi di mata dunia ia terkenal sebagai buah paling busuk.

Walau bagaimanapun orang yang tidak dapat menahan diri dari aroma unik buah durian kini terpaksa membiasakan diri dengan bau buah itu kerana sisa buah durian akan digunakan sebagai salah satu sumber tenaga mesra alam.

Miliki ciri boleh menyimpan sejumlah besar tenaga

Menurut penyelidik dari University of Sydney, durian dan sepupunya nangka, mempunyai ciri-ciri yang membolehkan mereka menyimpan sejumlah besar tenaga.

Ciri-ciri Durian Mentah - Ringan Seru :: cara Seru Ringanin harimu

Khasiat Nangka Yang Sangat Menyihatkan | Jiwa Sihat

Vincent Gomes dan pasukannya mendapati bahawa usus kedua-dua buah tersebut boleh diubah menjadi super kapasitor.

Di dalam super kapasitor terdapat dua plat berasingan diperbuat daripada logam. Plat ini disalut dengan bahan-bahan seperti arang dan bahan elektrod yang boleh digunakan untuk mengecas objek.

Kedua-dua buah-buahan ini kini menjadi calon yang ideal untuk penyimpanan tenaga kerana keupayaan luar biasanya untuk mengekalkan kitaran bateri penuh.

Durian dan nangka dapat membantu menghidupkan super kapasitor yang digunakan untuk mengecas pelbagai alatan elektronik, seperti peranti perubatan mudah alih, bateri, kenderaan pengangkutan, dan telefon pintar.

Buah-buahan lain seperti tembikai dan pomelo juga telah diuji tetapi durian dan nangka ternyata mengatasi yang lain.

Menurut penyelidikan, keistimewaan durian terletak di dalam badan buah itu sendiri. Sisa organik durian yang berisi tebal dan tinggi fiber memberikannya kestabilan mekanikal yang sangat baik.

Gomes percaya bahawa jika sisa durian digunakan oleh pengeluar penyimpanan sumber elektrik, ia dapat membawakan perbezaan besar untuk alam sekitar dan ekonomi.


Previous
Next

Continue reading

Internet FREE bermula 1 April ini..

Apple says it's safe to clean your iPhone with disinfectant wipes ...

Kerajaan umum Internet PERCUMA bermula 1 April ini.

Jika beberapa hari yang lalu rakyat Malaysia menerima berita baik mengenai penangguhan bayaran bank selama 6 bulan serta pengecualian memperbaharui lesen memandu dan road tax, kini beberapa lagi berita baik telah diumumkan pihak kerajaan.

Bersempena dengan pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi mengenai Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pihak kerajaan turut mengumumkan penawaran internet percuma yang bakal ditawarkan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

erdasarkan pengumuman yang dikongsikan syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bakal menawarkan internet percuma sebanyak 1GB bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari buat semua pelanggan prabayar dan pascabayar.

Penawaran internet percuma yang bakal menelan belanja sebanyak RM600 juta ini sekaligus bakal memberi kemudahan kepada rakyat semasa tempoh PKP berlangsung.

Kerajaan juga turut mengumumkan pengecualian lesen mamandu dan road tax sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.