Resepi Biskut Raya Almond Cluster Viral 2 bahan je !

Sambutan hari raya tahun ini mungkin agak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Suasana kemeriahan dan keseronokan membuat kuih raya juga sepastinya berbeza. Jangan risau, hari raya tahun ini tetap bermakna buat kita semua dengan menikmati kuih-kuih raya yang dibuat oleh para ibu atau isteri.

Mungkin anda boleh menyediakan kuih Almond Cluster yang ringkas ini. Resipi yang dikongsi Sabariah Sareh Saad ini hanya menggunakan dua bahan sahaja dan sesiapa sahaja boleh membuatnya. Mudah je…

Hanya sediakan 2 bahan sahaja

Bagi membuat Almond Cluster ini anda perlu menyediakan hanya dua bahan sahaja. Sediakan sekilo badam yang telah dicincang dan 500 gram coklat Coin Beryls atau coklat susu.

Cara membuatnya

Langkah pertama bagi menghasilkan Almond Cluster yang sedap ini anda perlu panggang dahulu badam sehingga rangup. Suhu 160 darjah selama kira-kira 20 minit. Pastikan badam itu kelihatan kekuningan dan rangup. Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven itu.

Guna teknik double boil

Cairkan coklat guna teknik double boil. Kemudian, ambil badam yang telah dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan. Gaul hingga rata.

Siap! sedapnya…

Sudukan ikut saiz kesukaan anda. Jika nak dimasukkan ke dalam acuan paper cup pun tidak jadi masalah. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dengan cepat. Sekejap saja, dalam 2 hingga 3 minit dah keras coklatnya.

Selepas coklat dah mengeras, bolehlah simpankan kuih yang dah siap tadi ke dalam bekas kedap udara. Jangan risau, coklatnya takkan cair. Selamat mencuba!

Sumber: Sabariah Sareh SaadThe following two tabs change content below.

Sumber: Sabariah Sareh Saad

Continue reading

Penerima BPN tiada akaun bank boleh ambil tunai di BSN

BSN creates 350k new accounts for Bantuan Sara Hidup recipients ...

SHAH ALAM – Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Kementerian Kewangan, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakkan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

“Inisiatif di atas adalah hasil daripada langkah Prihatin di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

“Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN.

Untuk rekod, sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan BPN kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion.

Info Sinar harian

Continue reading

Jangan bangga apabila langgar arahan PKP- Ismail Sabri.

Bangga Menipu Polis Untuk Lepas Roadblock PKP

“Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mengajak orang lain untuk melakukannya”, itu peringatan daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tidak ada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang dengan mengingkari arahan dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpakai selama ini.

“Semalam, kita lihat tular di media sosial gambar keluarga menunjukkan mereka sedang balik ke Kuala Lumpur dan mereka bagi tips kepada orang ramai bagaimana cara nak lepas (sekatan jalan raya).

“Saya ingin jelaskan bahawa polis telah pun mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil. Jadi tolonglah jangan berbangga dengan melakukan kesalahan dan menganggap diri sebagai hero kerana akhirnya tindakan akan diambil dan menyusahkan diri mereka dan keluarga

“Tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan diambil tindakan oleh polis jika mereka melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri telah mengakui bahawa mereka telah pun ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP,” katanya pada sidang media harian PKP, di Putrajaya ,hari ini.

Beliau mengulas mengenai sekeping gambar tular kononnya sebuah keluarga berjaya pulang ke Kuala Lumpur dan melepasi sekatan jalan raya dengan alasan menghantar anak ke hospital.

– Bernama

Continue reading

iPhone 9 munkin dilancarkan bulan ini

Apple to introduce iPhone 9 version with a 5.5” screen - GSMArena ...

Sebelum ini ada khabar angin menyatakan iPhone 9 atau iPhone SE 2 mungkin diumumkan sekitar pertengahan bulan lalu. Tapi sehingga kini ia tidak muncul-muncul juga. Namun berdasarkan perkhabaran terbaru yang diungkap daripada Twitter, 15 April mungkin tarikh rasmi peranti tersebut dilancarkan.

Melalui ciapan @jon_prosser, mesyuarat dalaman Apple dan bersedia untuk memperlihatkan iPhone 9 secara rasmi pada pertengahan bulan ini. Disamping itu pemasarannya akan dibuat seminggu selepas acara pelancaran iaitu 22 April.

Selain itu, ciapan tersebut menjelaskan bahawa seluruh dunia sedang mengalami pandemik Covid-19 dan sebarang perubahan mungkin berlaku disebabkannya.

IKLAN

Terdahulu, edisi seterusnya yang disebut-sebut sebagai iPhone 12 mungkin ditunda pelancarannya. Kebiasaannya, Apple akan mengadakan acara pengenalan peranti baru sekitar September namun diatas kebimbangan Covid-19, mereka masih memantau perkara tersebut.

IKLAN

Previous
Next

Continue reading

© 2022 Spacerent. Designed by Internet Webhosting. All Rights Reserved.