Resepi Kuih Semperit warna warni

Warna-Warni Di Hari Raya! Jom Cuba Resepi Kuih Semperit Ini, Hanya ...

Kuih muih dan biskut raya merupakan salah satu hidangan ‘wajib’ yang disediakan setiap kali menjelangnya Syawal. Antara jenis kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih semperit, cornflakes madu, tart nanas dan sebagainya.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Shafida Azlin ada berkongsi satu resepi kuih semperit yang berbeza daripada kebiasaannya. Pelbagai warna dalam sebiji kuih sememangnya mampu membangkitkan selera orang ramai terutamanya kanak-kanak. Menarik kan?

BAHAN BAHAN

Semperit 3 bahan. Simple dan semua boleh buat.
-100gram butter
-100ml susu pekat/susu tin (siapa suka manis, boleh tambah sikit lagi)
-250gram tepung jagung

CARA- CARANYA

1. Mula-mula ambil buttercup 100gram (kan dah siap sukatan tu). Just potong dekat line yang kita nak (50gramx2).

2. Masukkan susu pekat 100ml

3. Masukkan butter tadi dan kacau sebati.

4. Kacau sebatu, tapi jangan lama-lama tau, Sampai jadi macam ni je. Nak elakkan adunan kembang waktu bakar nanti.

5. Masukkan tepung jagung dan uli sebati

6. Uli sampai aduna jadi seperti dalam gambar.

7. Bahagi kepada 3 bahagian kalau inginkan warna semperit seperti dalam gambar. Saya pakai acuan piping icing sebab tak ada acuan semperit pecah 15.

8. Buat seperti dalam gambar sebelum masukkan adunan ke dalam acuan.

Kejadian sebelum bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius dalam masa 20 minit.

Dah siap!

Sumber: Shafida Azlin

Post a comment