Resipi buat Roti yang sedap dan gebu yang korang kene cuba..

Image may contain: food

Sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan akibat penularan wabak Covid-19 ni ramai Netizen mengeluh bila stok roti Gardenia sering habis di pasaran sehinggakan kisah tentang stok roti Gardenia ini VIRAL di Media Social.

Kalau dah asyik susah je nak dapatkan roti tu, apa kata korang cuba buat sendiri roti di rumah, dengan menggunakan resepi roti ini yang pastinya sedap dan gebu. Yang paling penting, modalnya hanya serendah RM5 sahaja.

Hasil dari pencarian kami, baru-baru ni viral mengenai resepi pembuatan Roti oleh seorang pengguna Facebook, Azlina Ina sharingnya mendapat komen yang bagus dan viral sebanyak 2K share

Berikut kami nak kongsikan Resipi membuat Roti oelh Azlina Ina :

Asalamualaikum anak2 mak satu malaysia..Yg dinanti2..Sebab mak tgk terlalu ramai cari roti😝anak2 paksa mak bg resepi...

Posted by Azlina Ina Fans on Selasa, 24 Mac 2020

Bahan-bahan membuat pelembut doh:

  • Tepung gandum – 2 sudu besar
  • 1 cawan air

Cara-cara membuat doh:

  1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
  2. Kemudian masak sehingga menjadi likat dan siap.

Bahan-bahan membuat yis:

  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

  1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
  2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan-bahan adunan roti:

  1. 1 kg tepung
  2. 1 biji telur
  3. 3 sudu besar majerin atau butter
  4. 3 sudu besar pelembut doh
  5. Sedikit garam halus
  6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  8. 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti:

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.
  3. Selepas itu, uli-uli sedikit.
  4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembik sedikit.
  5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.
  6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
  7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.
  8. Kemudian, tumbuk doh tadi untuk buang angin dalam doh.
  9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
  10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan 100 darjah selama 30 minit.
  11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
  12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.
  13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudah masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.

Siap dan selamat mencuba

Previous
Next

Post a comment